Breaking News
Loading...

Recent Post

Ramai Penerima BR1M Guna Untuk Tujuan Yang Salah

Ramai Penerima BR1M Guna Untuk Tujuan Yang Salah

Ramai Penerima BR1M Guna Untuk Tujuan Yang Salah

Ramai Penerima BR1M Guna Untuk Tujuan Yang SalahHasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya. 

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.

"Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).

"Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Wilayah Persekutuan 2014 di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional turut membayangkan pembayaran BR1M pada masa akan datang dibuat secara bulanan untuk memastikan bantuan itu diguna sebaik-baiknya.

"Kita masukkan BR1M ini dalam akaun penerima, bila sampai masanya baru mereka akan keluarkan wang itu," katanya.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450 - mStar online



Keputusan Penempatan Calon Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/ 2015

Keputusan Penempatan Calon Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/ 2015

Keputusan Penempatan Calon Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/ 2015

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015



Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi. KLIK LINK INI

Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :
  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan 

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
  • Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke15888
  • Contoh : MOE MAT 920605051542

FAQ

Soalan dan jawapan lazim ditanya berkaitan tawaran sila klik SINI


Iman Ishak 'Kembar' Obama Di Malaysia

Iman Ishak 'Kembar' Obama Di Malaysia

Iman Ishak 'Kembar' Obama Di Malaysia

Iman Ishak 'Kembar' Obama Di MalaysiaIman Ishak, 25, adalah seorang peguam. Perawakannya berbeza dan jelas. Orang di sekelilingnya sering berbisik sehingga pada suatu hari seorang lagi yang berdiri di depannya menjerit 'BARACK OBAMA!'.

Iman mempunyai wajah mirip Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
Dia yang juga seorang DJ menyuarakan rasa kecewa terhadap renungan orang di sekelilingnya tetapi mendapat perhatian yang menggalakkan dan menyeronokkan terutamanya dari rakan-rakan.
"Saya menyedari saya mirip Obama yang bertanding pada pilihan raya 2008.  Seorang pensyarah bahasa Inggeris yang sedang membaca artikel menoleh kepada saya dan berkata saya kelihatan seperti Obama," kata Iman.
Walaupun Iman tidak melihat persamaan di antara mereka, rakan-rakannya memberitahu senyuman, telinga dan gaya yang bersahaja, menyebabkan dia disamakan dengan Obama.
Iman mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama keluarga berkunjung ke Madame Tussauds di London yang menempatkan patung lilin Obama.

Ramai pengunjung memandangnya tidak berkelip apabila dia berdiri di sebelah patung itu, terkejut dengan persamaan mereka.

"Saya sentiasa dengar orang berbisik atau menoleh ke arah saya semasa berada di sana. Saya tidak terlalu memberikan perhatian dan pada satu ketika anda sudah lali dengannya. Adakalanya, apabila saya menyedari ada orang merenung saya, saya akan berjalan kepada mereka dan berkata hey," katanya
Iman Ishak 'Kembar' Obama Di Malaysia
Iman (kiri) bergambar dengan patung lilin Obama.
Iman pernah ditugaskan untuk membawa kumpulan hip hop popular, Wu-Tang Clan yang berkunjung ke Malaysia untuk mengelilingi negara ini.
Selepas beberapa kali memandang gambar Iman, salah seorang ahlinya, Raekwon berkata 'Siapa lelaki yang mirip Obama ini?'.
Iman mengetahui lawatan 'kembarnya' ke Malaysia menerusi rakan-rakan dan ahli keluarga yang mencadangkan peluang mereka untuk bertemu antara satu sama lain.
Namun, Iman berkata, dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kepada Obama sekiranya mereka bertemu - mStar online



Punca Polis Larang Orang Ramai Sertai Himpunan Membantah GST 1 Mei 2014

Punca Polis Larang Orang Ramai Sertai Himpunan Membantah GST 1 Mei 2014

Punca Polis Larang Orang Ramai Sertai Himpunan Membantah GST 1 Mei 2014

Punca Polis Larang Orang Ramai Sertai Himpunan Membantah GST 1 Mei 2014Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan. 


Katanya, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa penganjur, S. Arutchelvan, yang juga setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pembantunya pada 16 April lepas bagi tujuan mendapatkan maklumat bagi membolehkan polis membuat persiapan awal. 


"Arutchelvan telah memberitahu bahawa mereka semua akan berkumpul di KLCC pada tengah hari dan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka.

"Saya menasihatkan mereka supaya mematuhi Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memerlukan mereka mendapatkan kebenaran pihak pengurusan lokasi perhimpunan," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Zainuddin berkata dua hari selepas pertemuan itu, pihak penganjur telah menghantar notis pemberitahuan mengenai perhimpunnan kepada pihak polis tanpa surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka.

Beliau berkata pada 21 April lepas, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Batu, Tian Chua dan Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli. 
"Mereka memaklumkan akan mengadakan perhimpunan yang sama tetapi disebabkan masih tidak mempunyai kebenaran daripada pengurusan di kedua lokasi itu maka saya menasihatkan mereka supaya memilih lokasi alternatif di Stadium Merdeka," katanya.

"Saya mengesyorkan supaya mereka memohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia untuk mendapatkan kebenaran namun sehingga ke hari ini mereka juga tidak memberikan sebarang jawapan," katanya.

Justeru, Zainuddin berkata oleh kerana pihak penganjur gagal mematuhi akta tersebut dan sekiranya diteruskan maka ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan tersebut sempena Hari Pekerja itu dirancang oleh satu gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. - BERNAMA




Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2014

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2014

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2014

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2014 | Dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan tawaran ke Tingkatan 6 Tahun 2014 boleh disemak bermula 24 April 2014

CARA SEMAKAN

KLIK APPLIKASI SEMAKAN - http://apps5.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2014/ 


Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 05 MEI 2014

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Sukacita dimaklumkan bahawa murid yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2014 dan sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2, mereka diberi pelepasan awal iaitu pada 02 Jun 2014. Mereka akan mula mendaftar masuk ke Tingkatan Enam pada 04 JUN 2014 (Rabu). Sementara itu, calon yang terpilih untuk mengikuti PLKN Kumpulan 3 dikehendaki membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui laman web JLKN www.khidmatnegara.gov.my



Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free