Bagaimana kita boleh menjana wang daripada blogspot?


Blogspot : medium menjana pendapatan yang percuma



Blogging memang tidak asing lagi pada masa ini. Ada yang menjadikannya tempat meluah idea, hobi dan tak kurang juga yang menjana pendapatan daripadanya. Blogspot merupakan medium blogging yang percuma disediakan oleh google. Hari ini ramai sebenarnya menggunakan blogspot untuk menjana wang baik secara sepenuh masa atau sambilan. Bagaimana kita boleh menjana wang daripada blogspot?

1. Pengiklanan
Ini ialah cara biasa bagi para blogger menjana pendapatan dariapda blog mereka. Biasanya mereka akan meletakkan iklan adsense (daripada google) di blog mereka. Ada dua cara mereka akan mendapat bayaran daripada pengiklanan itu, iaitu:

a) melalui impression (CPM) – berapa kali iklan tersebut tersiar. Ia dikira setiap kali pelawat pergi ke blog anda.

b) melalui klik (CPC) – anda mendapat bayaran apabila pelawat klik iklan yang anda letakkan di situ.

Tapi untuk  blog saya, saya gunakan Nuffnang. Disebabkan baru lagi pendapatan yang didapati adalah sangat kecil. Ada cuba juga Adsense tetapi masih belum berjaya manakala untuk Komli ataupun Innity terpaksa menunggu traffik blog yang ramai dan konsisten. Ada beberapa lagi tetapi masih mencuba dulu Nuffnang dan melihat jika ianya berbaloi.

2. Program affiliate
Program affiliate ialah program yang kita mengiklan atau memasarkan produk orang lain, biasanya ebook. Tugas kita sebagai affiliatter ialah mengiklankan link atau banner yang diberikan. Apabila terdapat pelanggan yang membeli melalui link atau banner tersebut maka kita akan dibayar dengan komisyen tertentu. Program ini sangat digemari kerana seseorang tidak perlu membuat produknya sendiri sebaliknya hanya mempromosikan produk orang lain.

3. Ruang iklan
Sesetengah blogger juga menyediakan ruang untuk pengiklanan. Kadar sewa untuk pengiklanan tersebut bergantunglah kepada jumlah pengunjung blog dan juga kedudukan iklan tersebut. Cara ini amat menguntungkan kerana biasanya caj untuk satu iklan agak tinggi misalnya RM 100 sebulan. Kalau blogger tersebut menyediakan 10 ruang iklan bermakna beliau boleh dapat RM 1000 sebulan.

4. Jual produk sendiri atau orang lain
Ada juga yang menggunakan blogspot sebagai katalog produk mereka untuk menjual produk sendiri. Ramai juga yang telah mendapat pendapatan lumayan melalui cara ini dengan menjual tudung, biskut raya, aksesori dan pakaian kanak-kanak dan sebagainya. Contoh blogspot yang digunakan untuk menjual produk sendiri ialah Myboutique2u.com - menjual Baju Kurung Muslimah yang moden dan berkualiti.

Daripada tiga cara di atas, kaedah 1 adalah baik bagi orang yang baru berjinak dalam dunia blogging.   Kaedah 2 dan 3 sesuai apabila jumlah pengunjung blog semakin meningkat. Sementara kaedah yang ke-4 pula boleh sahaja digunakan oleh sesiapa untuk menjual produk mereka.

Blogspot memang medium yang sangat berfungsi dan berguna sekali. Yang lebih penting ia adalah PERCUMA. Biarlah selepas ini anda tidak menghabiskan masa di alam maya semata-mata, malah anda boleh mendapatkan pendapatan daripada hobi anda.

Untuk Blogger OTAI, sudi-sudilah berkongsi pengalaman dan artikel menarik untuk menjana pendapatan yang banyak melalui blogspot.

Koleksiartikel.com

0 Response to "Bagaimana kita boleh menjana wang daripada blogspot?"

Post a Comment