Perbandingan iPhone5 VS Samsung Galaxy Note 2 - Mana yang anda pilih?


Mari kita lihat perbandingan  antara iPhone5 dengan Samsung Galaxy Note 2.

iPhone 5 (L) VS Note 2 (R)


Walaupun siri iPhone telah lama 'establish' berbanding Samsung Note, anda fikirkan sendiri mengapa ramai pengguna masih merasakan Galaxy Note 2 adalah lebih baik berbanding iPhone5 yang baru ini.

iPhone5 seperti biasa nampak menarik dan elegan serta lebih baik daripada iPhone 4S. Ianya dibuat dengan kualiti yang tinggi yang merupakan kekuatan utama brand Apple. Ramai peminat setia Apple menyatakan Note 2 nampak murah dan merasakan seperti patung plastik kanak-kanak. Itu kata peminat iPhone tetapi ramai juga peminat Note siri yang naik mendadak ini menyatakan pembelian smartphone dari Samsung ini amat berbaloi di miliki atas alasan-alasan yang kukuh yang tertentu.

Seperti dinyatakan tadi, iPhone5 mementingkan pembuatan yang berkualiti dan nampak menarik dengan kemasan belakang aluminium dan bukannya kaca seperti iPhone sebelumnya 4S. Ia nampak teguh dan tahan jatuh. Walaubagaimanpun, terdapat rungutan daripada pengguna mengenai kesan calar dan kekuatan chip yang terdapat dalam versi baru ini.

Pandangan Belakang Note 2 (L) & IPhone5 (R)

iPhone 5 mempunyai skrin 4-inch 326ppi pixel density dengan 640×1136 pixels,manakala Samsung Galaxy Note 2 mempunyai skrin 5.5-inch 1280×720 pixels HD Super AMOLED dengan  265ppi, dan ini menunjukkan  iPhone 5 nampak bagus pada kesan cahaya matahari dari Galaxy Note 2.

Walaubagaimanapun, pengguna memilih
iPhone Note2 atas kelebihan skrin yang besar yang sesuai untuk melayari internet, gaming dan sebagainya. Ia juga 'multitask' dan skrin besar ini membolehkan ianya membuka pelbagai applikasi dalam sesuatu masa. Contohnya, pengguna boleh membuka laman Facebook dan Google browser sebelah menyebelah dalam satu skrin dengan kekuatan 2GB RAM and quad core processor. Tambahan pula Google Maps adalah lebih baik daripada Peta Baru dari Apple yang ramai memperkatakan banyak masalah. Kami mempercayai yang Apple akan membuat sesuatu agar masalah ini dapat diselesaikan segera.

iPhone 5 menawarkan pengguna Passbook, manakala  Samsung pula menawarkan real NFC S-Beam, S-pen stylus pintar, S-Notes dan banyak lagi. Daripada segi storage,  iPhone 5 hanya menyediakan sehingga 64GB max storage manakala dengan Note 2, ianya sehingga 128GB kerana  ianya disokong oleh microSD card.

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Note 2 adalah smartphone yang lengkap dan juga boleh berfungsi sebagai tablet. Jika anda tidak mampu membeli smartphone dan tablet dalam sesuatu masa, maka pembelian Note 2 adalah berbaloi.

Benar iPhone 5 sangat popular dan pengguna akan terus setia menggunakkannya dalam kerja harian mereka tetapi secara menyeluruhnya, Note 2 adalah yang terbaik dari segi kepelbagaian bermain game, browsing, menonton video dan sebagainya.


Nokia Lumia 920



Tepuk dada Tanya selera, pilihan adalah ditangan anda. Apple dan Samsung yakin mereka ada peminat setia mereka tersendiri. Pelbagai pilihan akan memberikan pengguna banyak pilihan yang menguntungkan. Dan kebangkitan kembali Nokia dengan produk terbaru mereka Nokia Lumia 920 seperti diperkatakan dalam post terdahulu akan memberikan pengguna pilihan menarik untuk tahun 2013……

0 Response to "Perbandingan iPhone5 VS Samsung Galaxy Note 2 - Mana yang anda pilih? "

Post a Comment