Breaking News
Loading...

Statistik terkini penduduk Malaysia




Menurut laporan BH Online, yang memetik daripada Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita. Daripada 28.3 juta, 91.8 peratus adalah warganegara manakala 8.2 peratus adalah bukan warganegara.

Menurut laporan Banci ini juga, penduduk lelaki kini berjumlah 14.56 juta orang manakala wanita pula seramai 13.77 juta orang. 

Mengikut statisik mengikut negeri, Selangor mempunyai jumlah penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus manakala negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi adalah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing dengan 91.4 dan 90.8 peratus. Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang paling rendah pula adalah Kelantan sebanyak 42.4 peratus diikuti Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4).

Daripada 28.3 juta penduduk Malaysia, kumpulan etnik yang terbesar adalah Bumiputera iaitu  merangkumi 67.4 peratus jumlah pendudk, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7). Di kalangan warganegara Malaysia, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban merekodkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah.

BHarian Online

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free