Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang dan cara mencegah



Ujian awal kesan sakit buah pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

ipislam.edu.my

19 Responses to "Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang dan cara mencegah"

  1. Video tentang bagaimana seorang mat saleh di Amerika ini kembali pulih buah pinggangnya seperti biasa mungkin boleh dimenafaatkan oleh mereka merekayang memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimana nak dptkan video tu.pls share.

      Delete
  2. mak sy pesakit buah pinggang stage 5.tp alhamdulillah slps 5 tahun dealilis.skrg mak ay tak.perlu lg buat dealiss.dan kembali hidupbmacam org normal selepas mengamalkan arabic gum atau getah arab yg di import dari sudan

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum.. terlalu ramai pesakit-pesakit buah pinggang diluar sana amat tipis sekali untuk memperolehi buah pinggang yang baru dan akhirnya terpaksa akur dengan 3 kali seminggu atau 12 kali sebulan menjalani dialisis dan setiap kali dialisis mengambil masa 4 jam. Malah sepanjang hayat terpaksa menjalani kehidupan sebegitu. Saudara/saudari yang dirahmati Allah.. sekiranya saudara/saudari sedang mengalami penyakit buah pinggang, sebelum di dialisis berusahalah untuk berubat.. Setiap penyakit pasti ada penawarnya, saya syorkan layari blog saya www.herbabelalaigajah.blogspot.com .. Mohon maaf kepada Admin.. saya bukan nak beriklan disini... saya hanya ingin berkongsi beberapa pengalaman yang pernah ditempuhi oleh pesakit-pesakit buah pinggang di blog saya. maafkan saya. Semoga Allah memberkati, merahmati sesiapa jua dalam mencurahkan ilmu pengetahuan. Aaminnn

    ReplyDelete
  4. http://www.youtube.com/watch?v=CotoFq_aXEY

    lihat youtube diatas.. herba yang dapat memulihkan penyakit buah pinggang. insyaalah

    ReplyDelete
  5. saya ada tanda-tanda ini tapi lepas tu kawan cina saya ajar saya utk minum air rebusan akar lalang.subhanallah dlm masa seminggu semua tanda tanda yg saya alami telah hilang.skrg saya minum air rebusan akar lalang setiap hari.alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh sy tau mana nk dpt kn akar lalang tu? Mmg ada jual kt kdai ubat cina ke? If tanda2 dah hilang.. Kita still kena teruskan minum jugak ke atau mcm mna?

      Delete
  6. http://your4lifetransferfactor.blogspot.com/

    kindly visit this blog and spread to your friends and family . lets stay healthy and prevent from various diseases :)

    berpesan2 kepada kebaikan . insya Allah ,

    ReplyDelete
  7. thanks utk seua info ini.. singgah blog sya semua..
    http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Terima kasih anak bukit kerana berkongsi rahsia keajaiban arabic gum dlm emmulihkan semula pesakit buah pinggang kronik.alhamdulillah slps mencuba arabic gum dr anak bukit suami sy sdh tak perlu dealisis lagi.berminat utk mengetahui arabic gum boleh whatsapp sy 0139090296

    ReplyDelete
  9. Sesiapa yg ada masalah buah pinggang tahap kronik bolehlah mencuba arabic gum orignal yg macam sy dapat dr anak bukit utk suami sy.skrg alhamdulillah suami sy dah pulih spenuhnya.x perlu lgi ulang alik ke hospital 3 kli sehari utk dealisis.terima kasih anak bukit.kpd mereka yg ingin menba boleh hubungi anak bukit 0195491600

    ReplyDelete
  10. Ingin kepastian adakah makan vitamin (brand S) dalam kuantiti yang banyak setiap hari boleh menyebabkan sakit buah pinggang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan jue sy antara pesakit buah pinggang yg berpunca daripada mengamalkan pelbagai vitamin dan herba.hampir 2 tahun sg delesis.akrg alhamdulillah sudah kwmbali pulih.

      Delete
  11. assalamualaikum..boleh saudari kongsikan sbb2 saudari tidak menjalani dialisis lagi?

    ReplyDelete
  12. mohon share ye.. http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/09/penyakit-buah-pinggang.html

    ReplyDelete
  13. Utk pengetahuan saya telah DITIPU oleh yg menjual ARABIC GUM yg menggunakan no fon 0139090296. Sy telah bank in rm320 tetapi dia menyatakan telah pos dan barang pecah. Dan bjanji akan pos lagi.. 2nd time dia ckp reason yg sama. Barang pecah. Sy bgthu takkan barang pecah lagi dia letak fon smpai sekarang tak de ape2 brg yg tiba di rumah


    TAHNIAH 0139090296 PUAN SUE CIKGU kerana telah MENIPU org di dalam kesempitan.


    0139090296 0139090296 Rezki mewah resources 03070000409108 CIMB


    saya akan buat laporan dan sebarkan details anda. Tq


    Sesiapa yg pernah tertipu boleh sms sy 0197500940. Kita trace dia ramai2.

    ReplyDelete
  14. Minta tolong sebarkan aktiviti penipuan

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yg sgt berguna & bermanfaat. Sy juga pernah membaca testimoni mereka yg mengamalkan vivix shaklee, dah sembuh dari sakit buah pinggang. Vivix ni byk gunanya, baik utk sakit kanser, darah tinggi dan byk lagi sakit org tua. Boleh baca di sini utk info anjut, www.beautyfatimah.com

    ReplyDelete