Top 10 Orang Terkaya Di Malaysia 2013





21 Jan 2013
KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.

Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.

SENARAI PENUH 10 TERKAYA 

1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 billion
2. Robert Kuok (Kuok Group) - RM29.40 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 billion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 billion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 billion
9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) - RM4.18 billion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 billion

Kosmo Online & Malaysian Digest





0 Response to "Top 10 Orang Terkaya Di Malaysia 2013 "

Post a Comment