9 Makanan Membantu Kurangkan Kolestrol Anda




Tahap kolestrol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap kolestrol normal adalah kurang daripda 200mg/dl. Jika angka berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari akan meningkat, terutama jika bacaan kolestrol meningkat dari 200mg/dl ke 239mg/dl. 

Berikut disenaraikan 9 jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan:

1. Soya
Kacang soya merupakan makanan yang kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan lemak baik (HDL). Kacang soya biasanya diproses bagi mendapatkan susunya atau dijadikan makanan lain seperti tempe dan tauhu. Ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin serta zat galian yang mampu menghindarkan dari penyakit jantung dan diabetes. 

2. Kuaci
Setiap 100 gram kuaci dari biji bunga matahari mengandungi  lebih kurang 50 unit vitamin A. Bukan sahaja sebagai anti kolestrol malah mampu memulihkan rabun, ketegangan mata, sakit atau pedih mata dan sensitiviti pada cahaya yang melampau. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Pengambilan kuaci yang kaya dengan kandungan zat besi, vitamin B kompleks dan kalsium secara kerap boleh membantu mengatasi masalah ini.

3. Buah kering
Buah-buah kering seperti limau, kismis, prun ataupun buah kering di dalam tin mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Contohnya limau kering mempunyai kandungan flavanoid yang tinggi, ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kismis yang dikeringkan daripada buah anggur pula mengandungi sebatian untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Malah, mempunyai sumber zat besi yang paling baik untuk membantu sistem penghadaman.

Walaupun buah tin kering telah mengalami proses pengeringan, namun khasiat buat-buahan ini masih tetap tersimpan baik dan enak apabila dimakan. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium yang dapat membantu mengurangkan 'kolestrol jahat'. 

4. Epal 
Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi  mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Ia mengandungi phytonutrient yang mampu melambatkan pengoksidaan kolesterol tidak baik. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan kerana epal hijau mampu mencegah pembentukan lemak sekaligus seimbangkan kandungan zat dalam badan.

5. Kacang tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

6. Mangga
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi, kedondong, betik dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi dan mampu mengurangkan kolestrol LDL dalam tubuh.

7. Kismis
Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan paras kolestrol di dalam badan. Pengamalan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

8. Oat                       
Oat mengandungi serat mudah larut yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol. Mengambil oat sebagai sarapan pagi pada setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

9. Jambu batu 
Jika kita ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai kerana mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. 

<TryMasak>

0 Response to "9 Makanan Membantu Kurangkan Kolestrol Anda"

Post a Comment