Breaking News
Loading...

Cara Buat Semakan Daftar Pemilih Untuk Pilihanraya Umum Ke 13





Seperti yang anda maklum, mandat pemerintah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib akan tamat pada 28hb April 2013. Oleh itu, tarikh Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) semakin hampir untuk diadakan dan dijangka pada hujung bulan Mac iaitu pada masa cuti sekolah.

Sudahkah anda bersedia untuk mengundi pemimpin anda?

Jika belum silalah buat semakan daftar pemilih di SPR untuk melihat di manakah tempat DAERAH MENGUNDI, DUN dan PARLIMEN anda. Jika belum daftar lagi maknanya takda lah nama anda dalam sistem semakan. Lagi berita mengenai PRU 13 ada di sini

12 Feb 2013
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan pelbagai situasi luar jangka berkemungkinan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata keadaan itu disebabkan doktrin ketidakpercayaan yang diterap pelbagai pihak terhadap ketelusan pilihan raya dan SPR selaku badan menguruskannya. Justeru, beliau berkata, tidak hairan jika ada ejen tempat mengundi yang juga wakil kepada calon sanggup mengawal peti undi awal dan undi pos. 
“Kali ini juga, mungkin akan ada kumpulan penyokong parti politik yang bertanding berada di luar kem tentera ketika proses undi pos dijalankan. 

“SPR mahu berikan yang terbaik untuk memenuhi pelbagai syor PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihan raya raya) dan pihak lain yang sentiasa memainkan isu mempertikai kredibiliti SPR. 

“Jadi, kalau mereka hendak tidur di lokap bersama dengan peti undi yang dikawal di balai polis atau mahu mengiringi peti undi ke tempat simpanan, kita akan benarkan, tapi mesti mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya. 

Menurut SPR, sehingga suku ketiga 2012, terdapat 13.1 juta pengundi berdaftar dan sekiranya pilihan raya diadakan selepas Mac, SPR menjangka pertambahan lagi 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lalu. 
SPR merekodkan 273,819 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan mereka, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta anggota polis yang akan menjalankan undi awal selain undi pos. 

Wan Ahmad berkata, berdasarkan situasi politik semasa, SPR juga meramalkan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditandingi dengan sengit pada PRU-13. 

“Mungkin tiada calon yang boleh menang tanpa bertanding,” katanya. 
BERNAMA 

<BHarian>

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free