Cara semak permohonan BR1M 2.0 online


Cara Memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Pembayaran BR1M kepada pemohon yang berjaya akan di buat dalam bentuk baucer tunai bermula 3 Feb 2013 yang akan dilakukan secara berperingkat sehingga 15 Mac depan.

Berikut adalah cara semakan keputusan BR1M 2.0.

Baucar boleh ditunaikan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan CIMB di seluruh negara.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menghubungi talian hotline 
1-800-222-500 @ 1-300-88-3010 mulai 4 Februari 2013 ini. 

Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja. 

Pertanyaan melalui email pula dengan menghantar email ke belanjawan2012@treasury.gov.my

Penerima BR1M yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan pula boleh mendapatkan baucar bayaran masing-masing di Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri untuk kawasan masing-masing.

Tempoh penyerahan borang BR1M juga dilanjutkan selama satu bulan sehingga 10 Feb ini. Kini dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Syarat-syarat permohonan adalah :

•   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia; 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia; 
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.


Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan .Dapatkan BORANG RAYUAN DI SINI

Berita terkini mengenai BR1M boleh layari di SINI

<OneNewsHub & Fuh.my>


Lagi Artikel Menarik & HOT di SINI...

5 Responses to "Cara semak permohonan BR1M 2.0 online"

  1. mcm mna tau kita layak ka tak? abg aku yg isi borang dpt aku isi online tak dpt lgi hampeh

    ReplyDelete
  2. Boleh baca panduan guna hotline atau email...ada 2 jenis permohonan - yg balance tahun lepas belu bayar and yang baru apply

    ReplyDelete
  3. Rayuan br1m 2.0,belum dapat lagi..dekat dalam berita mengatakan awal bulan 4,tapi sy sampai sekarang belom dapat lagi..tapi datuk sri najib ada hantar surat yang mengatakan sy dah terima br1m..keliru..

    ReplyDelete