Perbandingan iPad Mini Vs Samsung Galaxy Tab 7.0 - Mana yang anda pilih?

Tab - L & iPad mini - R


Tahukah anda pebezaan spesifikasi antara iPad mini vs Samsung Galaxy Tab 2 7.0 inci? 

Bagi yang belum memiliki tablet dan berhasrat untuk membeli, pemilihan antara iPad mini vs Samsung Galaxy Tab 2 7.0 inci mungkin memeningkan. Bagi yang telah memiliki tablet terdahulu iaitu 10 inci dan berhasrat untuk membeli tablet yang mempunyai skrin yang lebih kecil juga pasti akan menghadapi masalah untuk memilih antara 2 produk utama ini.

Jadi jika anda masih tercari-cari apakah produk yang terbaik, bolehlah terus membaca artikel ini sampai habis.

Berikut adalah perbandingan spesifikasi antara iPad Mini keluaran Apple dengan Galaxy Tab 2 7.0 keluaran Samsung:


iPad MiniSamsung Galaxy Tab 2 7″



Sudah Berada Di PasaranYAYA
Media penyimpan internal16GB/32GB/64GB8GB
Media penyimpanan luarTidak tersediamicroSD
Ketebalan0.28 inch0.41 inch
Dimensi7.87×5.3 inches7.63×4.82 inches
Berat0.68 pound0.76 pound
Operating System (OS)iOS 6Android 4.0
ProsesorA5 dual-core1GHz dual-core
RAMnot specified1GB
Ukuran skrin7.9 inches7.0 inches
Resolusi skrin1024×7681024×600
Kepadatan piksel skrin163 ppi169 ppi
Wi-Fi802.11 a/b/g/n 2.4GHz/5GHz802.11 b/g/n
Jaringan celullar4G LTE 3G
Kamera belakang5 megapixels3 megapixels
Kamera depan1.2 megapixelsYes
HDMINoNo
BateriTidak disebutkan4000 mAh

Kesimpulan iPad Mini vs Samsung Galaxy Tab 2 7.0


Dari perbandingan di atas dapat disimpulkan bahawa iPad mini memiliki kelebihan dari segi berat dibandingkan dengan Samsung Tab 2. Jadi jika anda menginginkan tablet mini yang boleh dimasukkan ke kocek atau tidak memberatkan beg tangan anda, maka iPad mini adalah pilihan yang tepat. 

Untuk media penyimpanan internal, iPad mini memiliki lebih banyak pilihan yang dapat disesuaikan dengan kesesuaian pemakaian anda dibandingkan dengan Samsung Galaxy Tab. Akan tetapi dengan harga yang ditawarkan maka anda boleh memilih untuk menaiktaraf sistem penyimpanan dengan membeli microSD, satu fungsi yang sampai saat ini belum dapat disediakan oleh Apple. 

Dari segi perbandingan skrin, kedua-dua tablet mini ini mempunyai saiz yang lebih kurang sama. iPad mini memiliki kelebihan dalam hal resolusi manakal Galaxy Tab memiliki kepadatan piksel yang sedikit lebih baik. 

Terakhir, untuk perbandingan harga,  iPad mini di jual dengan harga yang sedikit mahal  dibandingkan Galaxy Tab. Namun anda perlu memikirkan pula ketersediaan aplikasi, yang menurut Apple mencapai 270,000 buah, untuk iPad mini jauh melebihi aplikasi yang tersedia di Google Play Store untuk Galaxy Tab. 

Jadi kesimpulannya, tiada perbezaan yang amat ketara antara kedua-duanya. Keputusan pembelian bergantung kepada budget, jenama, applikasi yang tersedia dan sebagainya. Anda yang memilih semoga perbandingan yang dinyatakan di atas dapat membantu anda dalam membuat pembelian yang terbaik mengikut kemampuan dan kemampuan anda....SELAMAT MEMBELI DENGAN BIJAK
 



0 Response to "Perbandingan iPad Mini Vs Samsung Galaxy Tab 7.0 - Mana yang anda pilih?"

Post a Comment