Tanda-Tanda Akil Baligh Bagi Lelaki Dan Wanita




Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

Definisi
Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :
Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut 
serta suara yang lebih garau
Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Untuk perempuan :
Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta 
punggung membesar
Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda 
akil baligh

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?
Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :
Nutrisi yang lebih baik
Stres
Bahan kimia di dalam makanan

Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?
Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram.

Apakah peringkat akil baligh saya?
Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali 
sebagai Peringkat Tanner.

Tahap Tanner :
Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
Lelaki - Bulu kemaluan
Perempuan - Payudara
Perempuan - Bulu kemaluan


Adakah saya mempunyai masalah tentang akil baligh? 
Persoalan ini timbul apabila anda atau anak anda belum menunjukkan petanda fizikal yang dimaksudkan.

Akil baligh dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.

Akil baligh yang awal
Kelewatan akil baligh
Definisi
  • Perkembangan seksual berlaku sebelum umur 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki
  • Tidak ada tanda perkembangan seksual pada umur 13 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki
Penyebab
  • Penyakit otak seperti tumor atau kesan masalah penyakit otak yang lalu
  • Keturunan
    (berlaku dalam keluarga)
  • Keabnormalan kromosom (genetik)
  • Penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati dan darah
Tanda - tanda dan gejala
Kanak-kanak Perempuan:
  • Pembentukan payudara berlaku sebelum umur 8 tahun
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak dan kemaluan.
  • Kitaran haid bermula awal
Kanak-kanak Perempuan:
  • Tiada/ kurang pembentukan payudara pada umur 13 tahun
  • Jarak antara pembentukan payudara dan kitaran haid bermula lebih dari 5 tahun
  • Kurang bulu kemaluan pada umur 14 tahun
  • Ketiadaan permulaan kitaran haid pada umur 16 tahun
Kanak-kanak Lelaki:
  • Pembesaran awal pada zakar dan testis
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak, kawasan kemaluan, misai dan janggut
  • Perubahan suara yang awal: lebih garau dan dalam
Kanak-kanak Lelaki:
  • Kurang perkembangan pada testis pada umur 14 tahun
  • Kurangnya pertumbuhan bulu pada umur 15 tahun
  • Perkembangan pembesaran alat genital (kelamin) melebihi 5 tahun

Diagnosis
Apakah yang boleh doktor lakukan?
  • Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan dari anda dan/atau ibu bapa anda.
  • Pemeriksaan fizikal akan dijalankan.Siasatan akan dibuat seperti melakukan ujian darah, x-ray dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang punca.
Rawatan
Bagaimana perubahan ini boleh dihentikan?
Terdapat 2 pilihan:
  • Merawat penyakit dasar/sebenar (seperti tumor pada ovari dan otak)
  • Terapi hormon untuk merawat hormon yang tak seimbang
Bagaimanakah saya boleh kembali setanding atau sama dengan rakan-rakan yang lain?
Rawatan hormon yang khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor anda bergantung pada:
  • Umur, keseluruhan sejarah kesihatan dan perubatan anda
  • Tahap keadaan penyakit
  • Pendapat dan kehendak anda
Keputusan / kesan
Pengesanan dan rawatan awal akan menghasilkan keputusan yang baik.

<depalma sp>

Lagi Artikel Menarik & HOT mengenai KESIHATAN di sini ...

0 Response to "Tanda-Tanda Akil Baligh Bagi Lelaki Dan Wanita"

Post a Comment