Tonton Drama Sehangat Asmara 2013 Full Episod


Sinopsis Drama Sehangat Asmara

Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.

Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.

Ye happy ending akhirnya Zainal dan Kay hidup bahagia dengan anak mereka Misya.

Untuk yang tidak berkesempatan menonton atau tidak ada Astro Mustika HD boleh tonton Drama bersiri ini dari Episod 1 hingga terkini di bawah ini


Sehangat Asmara Episod 1 Hingga 5 ...

Sehangat Asmara Episod 6 Hingga 10 ...

Sehangat Asmara Episod 11 Hingga 15 ...

Sehangat Asmara Episod 16 Hingga 20 ...

Sehangat Asmara Episod 21 Hingga 25

Sehangat Asmara Episod 26 Hingga 30

Sehangat Asmara Episod 31

Sehangat Asmara Episod 32

Sehangat Asmara Episod 33

Sehangat Asmara Episod 34

Sehangat Asmara Episod 35 (Akhir)







1 Response to "Tonton Drama Sehangat Asmara 2013 Full Episod"

  1. Wilma nak tunggu sampai habis baru tengok sekaligus ^_^
    Hehehe...

    ReplyDelete