Bilakah Tentera Akan Ambil Alih Operasi Menangani Insiden Pencerobohan Di Sabah?



Jeneral: Tentera masih sokong operasi polis


KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengambil alih alih operasi daripada pihak polis dan akan terus memain peranan sokongan di Sabah.

Mengikut Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (gambar), ATM masih menjalankan operasi bersepadu dengan pihak polis.

"Kami masih operasi bersama dengan pihak polis menjadi ketua pada masa ini," Zulkifeli berkata kepada Astro Awani malam ini.

Zukifeli juga menafikan khabar angin bahawa tentera akan mengetuai operasi ini pada malam ini.

Ketika ini, orang ramai telah menggesa pihak berkuasa mengakhirkan situasi tegang yang boleh dilihat di Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang melibatkan penceroboh yang mewakili 'Sultan Sulu'.

Peranan sokongan tentera telah berulang kali dipersoalkan.



Walaubagaimanapun, difahamkan kini tentera menghantar lebih banyak bantuan untuk membantu pasukan-pasukan sekuriti Malaysia yang berada di tempat tersebut.

Berikutan kematian tujuh anggota polis dalam dua hari lalu (sekarang 8 orang), pihak awam dan juga ada dalam polis sendiri telah memanggil untuk tindakan yang lebih tegas termasuk peranan yang lebih menonjol dimainkan oleh tentera - Astro Awani

Lagi Berita Mengenai Pencerobohan Di Sabah


1) 
VIDEO Pencerobohan Di Lahad Datu - Identiti Komando Maut Dikenalpasti Dan Perintah Berkurung Dikuatkuasakan

2) Punca Pertempuran Dan Reaksi Orang Ramai Berhubung Kejadian Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah

3) Krisis Di Sabah - Tiga penceroboh ditahan, 10 tentera asing dikesan di Kunak

4) Serangan Hendap Di Semporna, Sabah - 5 Polis Terkorban

5)  Kronologi pencerobohan di Lahad Datu Dari 9 Februari hingga 1 Mac 2013

6) Pencerobohan Di Lahad Datu & Semporna - Penduduk Pukul Penceroboh Hingga Mati

7) Terkini Pencerobohan Di Sabah - Sultan Sulu Dakwa Empat Rakyat Malaysia Ditawan

8) Manila Sedang Memikirkan Untuk Membawa Tuntutan Sabah Ke World Court





0 Response to "Bilakah Tentera Akan Ambil Alih Operasi Menangani Insiden Pencerobohan Di Sabah?"

Post a Comment