Gambar Dan Berita Terkini Menarik Insiden Pecerobohan Di Sabah 4 Mac 2013

Berita Terkini Menarik Insiden Pencerobohan Di Sabah


1) Ketika ini tersebar khabar angin terdapat 60 tentera Sulu 4km dari Kampung Tanduo telah di kesan oleh penduduk kampung. Polis Buru Lelaki Bersenjata Di Kampung Salimbungan. Keadaan menjadi tegang di Kampung Salimbungan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, memaksa pekedai menutup kedai masing-masing apabila anggota polis ditempatkan di kawasan sekitar bandar ini.

Penduduk kampung tersebut, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada bandar Semporna diarahkan meninggalkan rumah masing-masing selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mula berkawal di beberapa lokasi.

Dipercayai pasukan itu sedang mencari kumpulan lelaki bersenjata Sulu yang mungkin menyelinap masuk ke kampung berkenaan selepas pertempuran senjata di kampung Siminul yang terletak berdekatan.
Kereta kebal milik pasukan tentera tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu pada Isnin. Pasukan polis meneruskan operasi mencari penceroboh bersenjata yang masih bersembunyi di Lahad Datu, Semporna dan Kunak selepas pertempuran senjata pada Jumaat.
2) Tentera Sulu yang mati dibelasah orang ramai di Semporna dikatakan memakai tangkal di pinggang yang menyebabkan dia kebal, bagaimanapun dia terbunuh kerana penduduk menyerangnya menggunakan batu dan kayu.

3) Ketua Polis Negara (KPN) berkata situasi di Sabah baik dan moral polis tinggi walaupun beberapa pegawai polis terkorban. Tambah beliau, semalam tujuh orang anggota penceroboh terbunuh Semporna sementara sebelum ini di Kampung Tandou sebanyak 12 orang.

4) Tidak ada perintah berkurung di Sabah kata KPN

5) Banyak khabar angin jadi perlu disahkan.

6) Panglima Angkatan Tentera berkata tambahan anggota untuk beri keyakinan kepada rakyat Sabah - Sebanyak tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, lima batalion telah dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

"Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

"ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau," kata beliau dalam laman Twitternya. 

 7) Berita polis ditahan tidak benar kata KPN dan beliau tidak mengulas mengenai anggota polis disembelih di Semporna kerana belum melihat laporan bedah siasat.

8) Tiga daripada enam jenazah wira negara yang terkorban di Semporna telah diuruskan oleh anggota polis di di Surau As Salam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing, pagi tadi.

9) Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

a) Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

b) Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

c) Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

d) Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

e) Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

f) Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Mayat Penceroboh Dari Sumber Utusan Online





SIDANG MEDIA PDRM @ 1000hrs


Lagi Berita Mengenai Pencerobohan Di Sabah



























0 Response to "Gambar Dan Berita Terkini Menarik Insiden Pecerobohan Di Sabah 4 Mac 2013"

Post a Comment