Breaking News
Loading...

Gambar Mayat Penceroboh Di Hospital Lahad Datu Dan Hospital Tawau

Mayat Penceroboh Di Hospital Tawau

SATU DARIPADA 18 MAYAT PENGGANAS DIPERCAYAI KOMANDER MUSA

Lahad Datu, 11 Mac - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa. 

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan. 

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang. 


Mayat Penceroboh Juga Di Hospital Tawau
Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut. 

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan. 


Mayat Di Hospital Lahad Datu


"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi. - BERNAMA


Dipetik dari Yahoo News Malaysia - 'Jeneral' Sulu yang terbunuh beberapa hari lalu dipercayai bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dikenali sebagai Haji Musa, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib.

Bercakap dalam sidang media di Felda Sahabat Beach Resort, Lahad Datu hari ini, Hamza berkata, mereka menjumpai pakaian Haji Musa tetapi ketika ditembak 'jeneral' itu tidak memakai pakaian seragamnya.

Hamza ( kanan ) berkata demikian ketika ditanya, antara 22 lagi yang ditempatkan di hospital Tawau dan Lahad Datu untuk bedah siasat, sama ada terdapat mayat yang dikenal pasti sebagai Haji Musa.

Hamza bagaimanapun berkata beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana lebih banyak bukti kukuh diperlukan untuk menyimpulkan perkara itu seperti dokumen dan kad pengenalan.



5) Ops Daulat - Sidang Media Ketua Polis Negara (KPN) 10 Mac - 530 Petang

6) Lahad Datu: Penceroboh Terus Digempur, Sebahagian Penduduk Tinggalkan Kampung

7) VIDEO Sidang Media Ops Daulat 11 Mac 2013 - 54 Terbunuh Dan 22 Mayat Penceroboh Dikeluarkan

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free