Punca Pertempuran Dan Reaksi Orang Ramai Berhubung Kejadian Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah




Polis mengesahkan dua anggota komando dan 12 ahli kumpulan penceroboh dari Filipina terbunuh dalam pertempuran pagi tadi - hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo dekat sini.

Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.

Punca pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 2 anggota keselamatan negara tercetus selepas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina mara keluar dari kubu mereka.

Tindakan itu dilihat tidak membayangkan ada tanda-tanda mereka akan berundur.Pada sidang media pada pukul 6 petang, Hamza berkata, pertelingkahan bermula pada 9.59 pagi Jumaat dan selepas 30 minit kemudian lima anggota elit PGA elit bergerak untuk mengawal ketat sekitar kampung Tanduo di mana terdapat kira-kira 180 orang termasuk 30 lelaki bersenjata Sulu yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram yang menceroboh kawasan itu sejak 9 Februari.

“Anggota kami cedera apabila beberapa penceroboh menembak mereka, memaksa pihak kami untuk melepaskan tembakan," katanya sambil menambah bahawa pasukan keselamatan kini mengawal kawasan itu dalam radius 10 kilometer persegi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima taklimat mengenai kejadian memaklumkan kepada wartawan di Pekan, Pahang, pertempuran meletus selepas kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan negara.

"Saya mendapat maklumat dari Ketua Polis Negara (KPN) bahawa kejadian tersebut berlaku di luar jangkaan sama sekali disebabkan mereka telah mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkumpul selama ini, jadi dalam pertempuran secara mengejut itu, kita telah kehilangan dua anggota kita," kata Najib.

Najib menambah, tiga anggota keselamatan turut cedera. "Laporan yang saya terima, mereka (kumpulan bersenjata) kehilangan antara 10 hingga 12 anggota mereka yang terkorban. Sekarang ini, kita telah pun menambahkan kekuatan kita dan mereka telah pun dikepung sepenuhnya

Bot-bot peronda anggota tentera laut dan darat Malaysia telah pun dikerah untuk mengawal dari anggota bersenjata ini melarikan diri. 

Menurut Perdana Menteri, beliau menyerahkan kuasa penuh kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengendalikan keadaan.

"Saya sudah memberi mandat sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dan juga Panglima Angkatan tentera untuk melakukan apa sahaja tindakan yang perlu diambil kini kerana mereka telah mengakibatkan anggota kita terkorban dan tiada lagi temnpoh masa akan diberikan kepada mereka," kata Najib.


Rakyat Malaysia melahirkan pelbagai reaksi berhubung kejadian pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu hari ini.

Rata-rata berkongsi rasa sedih atas kehilangan perajurit negara yang terkorban semasa kejadian tersebut.

Kesal dengan kejadian yang berlaku, kebanyakkan rakyat Malaysia melahirkan rasa simpati dengan kejadian menimpa keluarga kedua-dua komando polis yang terbunuh itu.

Mereka turut mendoakan keselamatan para askar dan polis yang sedang bertugas di sana disamping menyedekahkan Al-Fatihah buat anggota polis yang terkorban.


- Pray for all sacrifice for the country, especially the police, soldiers and those fighting.

- Ya Allah, lindungilah saudara2 kami di #LahadDatu. Selamatkanlah mereka Ya Allah.

- Perintah berkurung di #LahadDatu. Ya Allah please protect sabahan

- Best thing we can do now is to pray for our saudara in #LahadDatu. The fallen aren't just soldiers; they are brothers, sons and fathers too.

- Al-fatihah buat anggota yang terkorban. Semoga di tempat kan di golongan yang beriman. #LahadDatu

<Sinar harian & Astro Awani>

Lagi Berita Mengenai Pencerobohan Di Sabah


1) Krisis Di Sabah - Tiga penceroboh ditahan, 10 tentera asing dikesan di Kunak

2) Serangan Hendap Di Semporna, Sabah - 5 Polis Terkorban

3)  Kronologi pencerobohan di Lahad Datu Dari 9 Februari hingga 1 Mac 2013

4) Pencerobohan Di Lahad Datu & Semporna - Penduduk Pukul Penceroboh Hingga Mati 


0 Response to "Punca Pertempuran Dan Reaksi Orang Ramai Berhubung Kejadian Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah"

Post a Comment