Apa Itu Selesema Burung A (H7N9) - Punca Dan Langkah Mencegah


Virus H7N9 bermutasi, mampu jangkiti haiwan lain

Mengenai Selesema Burung

Selesema Burung adalah penyakit yang berpunca daripada Virus selesema jenis A. Virus selesema ini berasal dari kelompok virus Orthomyxoviridae, dan biasa didapati dikalangan burung-burung. 

Haiwan ternakan seperti ayam, ayam belanda, sesetengah spesis itik dan angsa mudah dijangkiti oleh virus ini. Ini menyebabkan kelompok haiwan ternakan ini yang paling teruk terjejas, berbanding dengan burung-burung liar di serata dunia yang tidak menunjukkan kesan ketara meskipun mereka dijangkiti virus ini. Burung-burung liar ini berfungsi sebagai pembawa virus ini.


Menurut Wikipedia Influenza A virus subtype H7N9 boleh dikenali sebagai 
H7N9 is a serotype of the species Influenza virus A (avian influenza virus or bird flu virus). H7 normally circulates amongst avian populations with some variants known to occasionally infect humans. An H7N9 virus was first reported to have infected humans in 2013 in China.
Most of the reported cases of human infection have resulted in severe respiratory illness. Keiji Fukuda, WHO's assistant director-general for health, security and the environment, identified H7N9 as "...an unusually dangerous virus for humans." As of April 17, the mortality is 21%, but since many patients with confirmed infection remain critically ill, the rate may increase.

Manusia jarang dijangkiti oleh virus selesema, dan jikapun dijangkiti, kesannya sangat minima dan tidak berpanjangan. Akan tetapi, manusia yang dijangkiti HPAI (Highly Pathogenic Avian Influenza) biasanya boleh membawa maut. Oleh itu penyakit ini sering diberikan perhatian yang serius, dan beberapa langkah sentiasa diambil untuk mencegah wabak Selesema Burung dari terus merebak. Sebaik saja terdapat kes jangkitan kepada haiwan ternakan, ia akan dilaporkan serta-merta kepada pihak berkuasa.

PUNCA

Virus selesema burung, H7N9 di China, dipercayai telah bermutasi dan mampu menjangkiti haiwan lain, sekali gus meningkatkan potensi ancaman yang lebih besar kepada manusia, kata saintis.

Pengarah pusat selesema Pertubuhan Kesihatan Dunia di Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude, di Memphis, Tennessee, Richard Webby berkata, turutan genetik H7N9 menimbulkan kebimbangan tentang potensi penyebaran wabak secara global.

Bagaimanapun, katanya, agak mustahil untuk memberikan anggaran tepat tentang perkara itu.

"Pada peringkat ini, tidak mungkin virus itu menjadi pandemik,'' kata beliau.

Webby menjelaskan bahawa H7N9 mempunyai penanda genetik menunjukkan virus itu mampu menjangkiti manusia.

Katanya, jika itu berlaku, satu wabak besar boleh tersebar, lebih buruk daripada penyebaran virus-virus selesema burung sebelum ini seperti H5N1 yang pernah muncul sedekad lalu.

Masih tidak jelas bagaimana mangsa boleh dijangkiti virus itu dan masih tidak ada bukti H7N9 boleh merebak dengan mudah dalam kalangan manusia.

Apa yang pasti, H7N9 boleh berjangkit menerusi ternakan ayam dan itik tanpa membuatkan haiwan itu jatuh sakit, sekali gus menyukarkan saintis mengesan kuman itu dalam ternakan. 

CARA MENCEGAH

Apakah tanda-tanda selesema burung pada manusia?

Tanda-tanda jangkitan selesema burung boleh bermula dari tanda-tanda selesema biasa, seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit otot, sehinggalah jangkitan mata, radang paru-paru, gangguan pernafasan yang teruk, dan pelbagai komplikasi lain yang boleh membawa maut. 

Tanda-tanda selesema burung bergantung kepada virus yang menjangkiti pesakit. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian selesema burung A(H7N9) seperti yang dikesan di China, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Antara langkah tersebut ialah meneruskan saringan suhu di semua Pintu Masuk Antarabangsa dan meningkatkan pemantauan terhadap kejadian Influenza Like Illness (ILI) di seluruh negara, katanya.


Di samping itu KKM juga akan meningkatkan keupayaan pihak hospital untuk menerima dan merawat kes yang disyaki serta keupayaan pihak makmal untuk menjalankan ujian pengesahan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh juga menjalinkan kerjasama dengan makmal rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Centers For Deasease Control and Prevention (CDC) Atlanta, Amerika Syarikat.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus berhubung dengan WHO dalam memantau
situasi semasa dan mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang disarankan.

"Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Veterinar Malaysia dalam memantau H7N9
dalam kalangan unggas," katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata laporan WHO mengesahkan sehingga kini terdapat 109 kes dengan 22 kematian disebabkan H7N9 di kalangan manusia dilaporkan di China termasuk satu kes import di Taiwan.

"Sehingga kini juga punca jangkitan H7N9 di China masih belum dikenal pasti dan WHO turut menyatakan tiada bukti yang menunjukkan penyakit selesema burung H7N9 boleh ditularkan dari manusia kepada manusia dan tiada vaksin untuk peyakit tersebut," katanya.


<Agensi, Bernama & Perpustakaan Negara Malaysia>


0 Response to "Apa Itu Selesema Burung A (H7N9) - Punca Dan Langkah Mencegah "

Post a Comment