Breaking News
Loading...

Keputusan Penuh Pilihanraya Umum Ke 13 Semua Negeri - Siapa Bakal Memerintah BN Atau PR?


Laporan siar langsung keputusan PRU-13 - Siapa Bakal Memerintah?UTUSAN PILIHANRAYA UMUM 2013

  • Barisan Nasional
    133 (140)
  • PKR
    30 (31)
  • PAS
    21 (23)
  • DAP
    38 (28)
  • Bebas
    0 (0)
* dlm kurungan keputusan 2008

STATISTIK KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI
NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
333
KEDAH
15101415
KELANTAN
145914
TERENGGANU
8448
PULAU PINANG
1333713
PERAK
241223724
PAHANG
141012114
SELANGOR
22549422
W.P. KUALA LUMPUR
1124511
W.P. PUTRAJAYA
111
NEGERI SEMBILAN
85128
MELAKA
64116
JOHOR
26211426
W.P. LABUAN
111
SABAH
25221225
SARAWAK
31251531
JUMLAH222133213038222
CLN- Calon Yang Menang
MTB- Menang tanpa bertanding

KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG DIMENANGI
NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPSTARJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
15131115
KEDAH
362194236
KELANTAN
451232145
TERENGGANU
321714132
PULAU PINANG
40101101940
PERAK
5931551859
PAHANG
423032742
SELANGOR
561215141556
W.P. KUALA LUMPUR
W.P. PUTRAJAYA
NEGERI SEMBILAN
362231136
MELAKA
28211628
JOHOR
5638411356
W.P. LABUAN
SABAH
604874160
SARAWAK
JUMLAH5052758549951505
CLN- Calon Yang Menang
MTB- Menang tanpa bertanding

KEPUTUSAN PENUH PRU 13 SEMUA NEGERI BOLEH LAYARI DI SINI








Sehingga awal pagi nanti, seluruh negara akan memberikan tumpuan kepada pakatan manakah yang akan mula-mula mengumpulkan sekurang-kurangnya 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan -- Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Lebih 80 peratus keluar mengundi. 

Pengiraan kini bermula, tetapi daripada 222 kerusi Parlimen yang kesemuanya ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini, ada beberapa kerusi yang mendapat tumpuan yang lebih.

Berikut antara kerusi-kerusi tumpuan itu:

P.121 LEMBAH PANTAI

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lima tahun lalu. Dalam pilihan raya itu, beliau mengalahkan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ketika itu, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,895 undi.

Nurul Izzah ditentang oleh calon Barisan Nasional, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam kabinet kerajaan sebelum ini.

Kerusi ini menarik perhatian kerana kedudukan kawasan parlimen ini di pinggir Kuala Lumpur dan merangkumi penduduk yang terdiri daripada kelas menengah dan atasan serta golongan miskin bandar.

Sepanjang kempen dua minggu lalu dan sebelum Parlimen dibubarkan, kawasan ini menarik perhatian ekoran beberapa insiden keganasan politik.

P.161 PULAI

Kerusi ini jadi tumpuan kerana mempertembungkan dua pemimpin muda dalam UMNO dan Pas yang bertanding di kawasan kerusi majoriti pengundi Melayu.

Kubu kuat UMNO dan BN ini mempunyai 47 peratus pengundi Melayu.

Penyandangnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed menang di kerusi ini dalam dua pilihan raya umum yang lalu, Pada 2004, beliau menang dengan 34,926 undi manakala pada 2008, undi itu merosot menjadi 20,449.

Lawan beliau ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang membawa harapan Pakatan Rakyat untuk buat pertama kalinya menembusi kubu kuat UMNO dan BN di Johor.

P.67 KUALA KANGSAR

Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim melanggar ketetapan parti yang tidak menyenaraikan beliau sebagai calon dalam PRU-13 ini dan bertanding sebagai calon bebas. Beliau kemudian dipecat seumur hidup daripada UMNO.

Beliau mencabar calon BN, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad serta calon Pas, Khalil Idham Lim. Kedua-dua mereka berpindah daripada kerusi Dewan Undangan Negeri untuk bertanding kerusi Parlimen.

Kerusi ini jadi tumpuan untuk melihat apakah ada undi simpati daripada Wanita UMNO dan pengundi wanita keseluruhannya kepada Kamilia yang berkempen untuk mengangkat hak wanita.

Kuala Kangsar mempunyai 51.85 peratus pengundi wanita.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa dalam satu kempennya menggesa ahli UMNO dan penyokong BN supaya jangan beri undi simpati kepada bekas ahli UMNO yang berpaling tadah.

P.125 PUTRAJAYA

Kerusi ini dilihat jadi trofi simbolik yang direbut oleh BN dan Pakatan Rakyat kerana di sinilah terletaknya pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pakatan Rakyat mengidamkan kerusi ini kerana dilihat kalau tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan pun, mereka nanti boleh bermegah "menang di Putrajaya".

Ia mengemukakan pemimpin kanan Pas, Datuk Husam Musa yang mencabar Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sepanjang tempoh kempen, kawasan ini jadi tumpuan tokoh UMNO dan Pas termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

BN yakin akan menang di Putrajaya namun sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat juga tidak boleh diperkecilkan, dan apakah kehadiran tinggi dalam siri ceramahnya akan diterjemahkan jadi undi.

P.180 KENINGAU

Ini pertandingan adik beradik. Penyandang, Joseph Pairin Kitingan daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) ditentang oleh adiknya, Jeffrey Kitingan yang bertanding atas tiket Parti Reformasi Negeri (STAR).

Mereka pernah bertembung sebelum ini dalam pilihan raya umum lima tahun lalu di kerusi yang sama.

Dalam pilihan raya itu, Joseph mengalahkan adiknya dengan 4,264 undi sekaligus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada 2004 itu.

Kerusi ini juga ditandingi oleh calon PKR, Stephen Sandor.

P.162 GELANG PATAH

Kerusi ini disifatkan tumpuan utama daripada segala tumpuan. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berpindah dari kerusi yang disandangnya di Ipoh Timur untuk mengetuai apa yang disifatkan sebagai "asakan Pakatan Rakyat untuk membentuk gelombang tsunami dari selatan".

BN memindahkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bertanding di kawasan ini dan mengambil alih daripada MCA yang biasanya secara tradisi mewakili parti pemerintah itu.

P.205 SARATOK
BN menggugurkan calon penyandang kerusi ini, Jelaing Mersat beberapa hari sebelum penamaan calon dan meletakkan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, William Mawan.

Beliau ditentang tokoh politik Pakatan Rakyat Sarawak yang jadi perhatian sejak dua tahun lalu iaitu Ali Biju. Dalam pilihan raya negeri pada April 2011, Ali mengalahkan Datuk Peter Nyarok Entrie dan jadi "giant killer".

Semasa kempen, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah di kawasan ini dalam sisri jelajah kempen mereka ke serata negara - Astro Awani

KEPUTUSAN PENUH PRU 13 SEMUA NEGERI

LIVE CHAT & KEPUTUSAN TERKINI DI LINK 1 ATAU LINK 2 ATAU LINK 3 ATAU LINK 4
<http://pru13keputusan.blogspot.com>


1 comments:

  1. The Winner is DSAI:
    a. Dapat tipu semua bangsa di Malaysia.
    i. orang melayu- kes liwat
    ii.orang India - kes Kg Pala
    iii. Org Cina -Pru 13 bolih menang
    dan
    iv. NGO/Media asing
    DAP and PAS capitalise it.
    If Meteri Besar selangor from PAS then PKR menang sorak.


    ReplyDelete

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free