Breaking News
Loading...

Senarai Exco Kerajaan Negeri Melaka 2013


Dua kuota ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang sepatutnya diserah kepada MCA, dikosongkan buat sementara waktu, sementara menunggu parti itu membuat keputusan untuk memegang semula jawatan dalam kerajaan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Haron berkata, walaupun lapan Adun sudah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai ahli Exco semalam, rombakan kecil akan dilakukan sekiranya MCA menerima jawatan ditawarkan.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Exco telah diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, 14 Mei 2013.

Pada istiadat berkenaan menyaksikan lima muka baru dilantik sebagai ahli Exco daripada lapan yang mengangkat sumpah.

Tiga Adun yang dilantik semula sebagai ahli Exco adalah seperti berikut :-

1) Adun Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin yang memegang portfolio Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi; 

2) Adun Asahan, Datuk Abd Ghafar Atan (Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek) dan 

3) Adun Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik (Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi).

Lima muka baru yang dilantik sebagai ahli Exco adalah seperti berikut :-

1) Adun Pantai Kundor, Datuk Ab Rahaman Ab Karim (Kesihatan dan Pembangunan Sukan); 

2) Adun Taboh Naning, Datuk Latipah Omar (Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan) 

3) Adun Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman (Pertanian dan Pembangunan Usahawan).

4) Adun Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman (Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar);

5) Adun Gadek, Datuk M.S Mahadevan (Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan)

Datuk Ir Idris Haron
Sementara itu, Idris yang turut memegang portfolio Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia dan Pelancongan, mengumumkan lapan timbalan exco iaitu tiga orang di bawah portfolio beliau - Adun Rembia, Norpipah Abdol; Adun Rim, Ghazale Muhamad dan Adun Lendu, Sulaiman Md Ali (Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia dan Pelancongan).

Selain itu, Adun Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud dilantik Timbalan Exco (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi); Adun Serkam, Zaidi Attan (Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek); Adun Merlimau, Roslan Ahmad (Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan); Adun Paya Rumpu,t Sazali Muhd Din (Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar) dan Adun Ayer Limau Amirudin Yusof (Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan).

Idris berkata, Timbalan Exco itu akan diberikan pejabat dan lain-lain kemudahan yang tidak dinikmati Timbalan Exco sebelum ini bagi membolehkan mereka memainkan peranan lebih efektif membantu pengurusan dan pembangunan rakyat dan negeri.

Sementara itu, Adun Durian Tunggal, Datuk Ab Wahab Ab Latip pula dicadang menjadi Timbalan Speaker Negeri Dun - Sinar Harian


Untuk Keputusan LIVE Dan Penuh Pilihanraya ke 13 boleh layari di SINI

Info Penting 





Cara Buat Semakan Online Keputusan Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014

Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014

Borang Dan Cara Membuat Permohonan Online Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB)

Cara-Cara Memohon Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free