Breaking News
Loading...

Senarai Exco Kerajaan Negeri Sembilan 2013

2013
Negeri Sembilan 

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah pukul 10.30 pagi tadi dan menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, di sini.

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
Antara ADUN yang dilantik semula sebagai Exco ialah 
1) ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim; 
2) ADUN Labu, Datuk Hasim Rusdi dan 
3) ADUN Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli.

Tujuh muka baharu yang dilantik ialah 
1) ADUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris; 
2) ADUN Pertang, Datuk Jalaluddin Alias; 
3) ADUN Ampangan Abu Ubaidah Redza; 
4) ADUN Bagan Pinang Tun Hairudin Abu Bakar; 
5) ADUN Gemas, Abd. Razak Ab. Said; 
6) ADUN, Pilah Datuk Norhayati Omar dan 
7) ADUN Jeram Padang L.Manikam.

Turut berangkat pada istiadat pelantikan itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Istiadat pengisytiharan pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Exco itu turut disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, para pembesar negeri, semua ADUN serta ketua-ketua jabatan kerajaan di negeri ini. - KOSMO online



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free