Breaking News
Loading...

Senarai Penuh Menteri Besar Dan Ketua Menteri Di Malaysia 2013

Dato Seri Ahmad Said - MB Terengganu

Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) Malaysia yang berlangsung sengit telahpun tamat yang  menyaksikan Barisan Nasional (BN) selaku Parti memerintah sebelum ini menang sekali lagi walaupun ianya dipenuhi dengan kontroversi.

Lanjutan daripada tamatnya PRU13, hampir semua negeri sudah melantik Menter Besar / Ketua Menteri untuk menerajui tampuk pemerintahan negeri masing-masing dalam tempoh 5 tahun lagi. Ada muka baru dan ada juga muka lama. Walau bagaimanapun tiada kata putus siapakah MB baru Selangor. 

Untuk Johor, MB baru bakal dipegang oleh Dato Seri Khaled Nordin, Terengganu - Dato Seri Ahmad Said dan Pahang - Dato Seri Adnan Yaakob

Berikut senarai Menteri Besar / Ketua Menteri  dilantik bagi negeri seluruh Malaysia :

NegeriNama Menteri Besar/Ketua MenteriParti Politik
PERLISAzlan ManUMNO
KEDAHDatuk Mukhriz Tun Dr MahathirUMNO
PULAU PINANGLim Guan EngDAP
PERAKDatuk Seri Dr Zambry Abdul KadirUMNO
SELANGOR
NEGERI SEMBILANDato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji HasanUMNO
MELAKADatuk Ir Idris HaronUMNO
JOHORDato Seri Khaled Nordin *UMNO
KELANTANDatuk Ahmad Yakob PAS
TERENGGANUDato Seri Ahmad Said **UMNO
PAHANGDato Seri Adnan Yaakob ***UMNO
SABAHDatuk Seri Musa AmanUMNO


* Bakal Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengangkat sumpah minggu depan bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lain setelah mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu, 8 Mei 2013.

Anggota Dewan Undangan Negeri Permas itu dititah menghadap di Istana Pasir Pelangi dan antara perkara yang dibincangkan dengan Sultan Ibrahim ialah penentuan tarikh angkat sumpah menteri besar dan senarai barisan Exco.

Untuk rekod, Khaled bakal mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang ke-14.

** 10 Mei 2013 - Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di Istana Maziah, di sini esok.

*** Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan pada pukul 5 petang semalam, 9 Mei 2013.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.




1 comments:

  1. Semoga semua yang dilantik tu melaksanakan tugas mereka dengan baik, berjaya dan bebas rasuah.

    ReplyDelete

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free