Video Tragedi Bot Ekspres Karam Di Belaga - 11 Masih Hilang

11 orang masih hilang manakala 192 penumpang selamat

KUCHING: Pegawai Pejabat Daerah Belaga, Abdul Halim Abdullah mengesahkan bahawa jumlah mangsa bot karam di Belaga yang masih gagal ditemui adalah kekal seramai 11 orang manakala 192 penumpang telah berjaya diselamatkan.

Beliau turut menyatakan bahawa seorang pakar patologi forensik dibawa dari Hospital Bintulu bagi menyertai pasukan penyelamat.

"Ini bagi menjalankan kerja-kerja bedah siasat jika ada mayat yang ditemui," kata beliau.

Bot ekspres 'Kawan Mas' yang sarat muatan itu dikatakan terlanggar batu dan karam dekat Tanjong Giam Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi semalam semasa dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit apabila.

Ketika kejadian, jumlah penumpang yang menaiki bot Kawan Mas itu adalah seramai 184 orang namun jumlah yang dibenarkan adalah hanya 75 penumpang sahaja.

Sementara itu, seorang cikgu dari Kapit kongsi pengalamannya kerap menggunakan laluan dan menaiki bot ekspres jenis yang sama yang dengan bot yang karam pagi tadi di Belaga, Sarawak.

Guru SMK Selirik Farah Najihah Abd. Rahman berkata ciri-ciri keselamatan kurang dititikberatkan oleh pengusaha bot itu sendiri.

Turut dipertimbangkan oleh Farah Najihah ialah sikap sambil lewa penumpang - Astro Awani




1 Response to "Video Tragedi Bot Ekspres Karam Di Belaga - 11 Masih Hilang"

  1. Saya pernah berulang-alik dari sibu ke kapit selama 9hari..syukur tiada kecelakaan berlaku.Saya amat simpati kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete