Breaking News
Loading...

Cara Bayar Zakat Secara Online

Bayar Online Zakat  

Proses pembayaran zakat kini lebih mudah melalui medium potongan gaji dalam talian yang dilancarkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

PPZ-MAIWP dalam satu kenyataan berkata, pembayar hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) secara dalam talian.

Agensi tersebut kemudiannya akan membuat susulan kepada bahagian gaji atau majikan pembayar dalam masa tujuh hari bekerja untuk tindakan selanjutnya.

Antara kelebihan kempen potongan gaji dalam talian ialah pembayar tidak perlu berurusan secara manual dan pengiraan dilakukan melalui web.

Bagi keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.zakat.com.my atau menghubungi 1-300-88-5757.

Cara-Cara Bayar Zakat Secara Online 

Sila buat pilihan anda samada Bayaran Terus atau Bayaran Potongan Gaji :
Bayaran Terus
1) Bayar Melalui FPX atau
2) Pembayaran Melalui Kad Kredit

Bayaran Potongan Gaji
1) Pembayaran Melalui Potongan Gaji
2) Prosedur Potongan Gaji

* Manual pembayaran melalui pembayaran gaji

Lafaz niat membayar zakat:
"Inilah wang sebagai menunaikan zakat pendapatan/harta yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Ta'ala."

Sumber PPZ MAIWP

1 comments:

  1. tapi tetap best juga cara yang lama..hehehe.

    ReplyDelete

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free