Breaking News
Loading...

Cara Buat Elemen 1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2013

Kerja Kursus Sejarah - Contoh Tajuk Penjual Kuih Di Pasar Malam

KERJA KURSUS SEJARAH - ELEMEN 1 

Contoh tajuk – penjual kuih di pasar malam.( sebagai contoh aplikasi sahaja )

-    Tindakan - Buat elemen 1

a.   Keperluan elemen 1

- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet

1. Buku / Majalah / Jurnal

a. Cari buku berkaitan dengan tajuk kita- contohnya buku berkaitan dengan pekedai/ peruncit / penjual di pasar malam
b.   Tak semestinya buku yang 100% berkaitan dengan tajuk peniaga kuih ini sebab memang tak akan ada tajuk macam tu
c.   Tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
d.   Kalau buku itu sesuai
e.   Photostat muka depan sekali
f.    Photostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
g.   Photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan  (ada cerita/ huraian tentang peniaga kuih)
h.   Catatan - majalah yang sesuai-  kuih traadisional di Malaysia/ kuih muih di negeri-negeri tertentu dan lainnya.
i.     Kalau buku resepi cara nak buat kuih tu mungkin cikgu bagi/ tak bagi. Kena tanya cikgu boleh atau tidak

2. Akhbar
a. Cari maklumat yang sesuai dengan tajuk- peniaga kuih di pasar malam/ pasar minggu/ pasar tamu/ kedai runcit/ kedai makan dll
b.  Dekat Harian Metro banyak cerita pasal perkara ini.
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- pada surat khabar itu mesti ada pernyataan dengan gambar
c.  Ada tajuk yang ada kaitan dengan peniaga kuih
Kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
Masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana
d. Jadikan satu muka surat baru kat kertas A4
e. Susun / tampal dengan elok
f.  Kalau kawan dah ada surat khabar tapi kita tak jumpa akhbar tu , kita photostat aja yang dia punya- dianggap boleh

3. Orang sumber

a. Pergi ke rumah orang yang menjual kuih tu
b. Temuramah dia tentang sejarah penglibatan dia dalam usaha menjual kuih daripada awal hingga pada masa itu
c. Tanyakan juga tentang masalah yang dia hadapi dan cara dia mengatasi masalah itu
d. Tanyakan juga cara dia menguruskan daripada awal hingga akhir – mula buat kuih hingga menjual
e. Tanyakan juga jumlah kuih yang dia sediakan/ harian/ jadikan sebulan jumlah pendapatan
f.  Ambil gambar anda dengan dia di rumah/ atau kedai tempat dia berniaga
- pada gambar itu tuliskan maklumat di bawahnya  tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan- daripada jawapan penjual kuih tadi kita buatkan ayat penuh macam kita buat karangan wawancaratu
g. Mula dengan beri salam/ minta izin temu ramah/ perkenalkan diri/ latar belakang penjual kuih/ umur/ lama berniaga dll
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan yang kita tanyakan tu mestilah ada kaitan dengan hasil kajian

d. Internet

- Cari kat internet tentang tajuk kita- kuih tradisional di malaysia
-      Pilih dapatan yang sesuai dengan kerja kursus kita 
- Web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kuih_tradisional_Melayu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kuih_tradisional_Malaysia
- Print apa yang kita dapat
- Tanya cikgu boleh atau tidak
- Pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- Jangan potong-potong hasil internet tu/ print dan terus masukkan dalam elemen 1 bahagian internet
- Untuk internet elemen 1 yang paling mudah sekali

e. Melawat tempat kajian

- Pergi ke rumah/ tapak penjual kuih itu membuat kuih/ menjual kuih
- Ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- Tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- Ambil gambar proses pembuatan bahan / produk- daripada awal hingga akhir masa dia bekerja buat kuih sampai dia menjual kuih
-  Kalau ada masalah cari gambar daripada internet – search imej

Via http://cikgurazak.blogspot.com dengan sedikit olahan Perling Putih

2 comments:

  1. terime kasih bnyk cikgu.. sngt membantu saya.. jazakallah khairan kathira..

    ReplyDelete
  2. ia sangat menolong saya

    ReplyDelete

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free