Contoh Lengkap Folio Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Pengangkutan Awam



Contoh esei lengkap Kerja Kursus / Folio Geografi Kertas 2, PMR 2013, Tajuk  - Pengangkutan Awam 



Ini adalah sebagai panduan untuk calon-calon PMR dalam menyiapkan kerja kursus masing-masing.

Tugasan ini mestilah dibuat mengikut panduan dan kriteria penskoran seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Gunakan dokumen ini sebagai rujukan dan panduan

PENGANGKUTAN AWAM : SIRI BIMBINGAN LENGKAP KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013






BIMBINGAN PENULISAN KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 : 2013 (KKG PMR 2013):

Tajuk tugasan KKG PMR 2013 telahpun diumumkan di laman Lembaga Peperiksaan Malaysia . 

Terdapat 2 tajuk tugasan yang boleh dipilih iaitu Pengangkutan Awam atau Kegiatan Penternakan.

Berdasarkan maklum balas yang saya terima, majoriti calon memilih tajuk  Pengangkutan Awam  berbandingKegiatan Penternakan di kawasan kajian. Hal ini berkemungkinan bahan dan  maklumatnya lebih mudah diperolehi samada melalui pemerhatian atau rujukan.

Tajuk ‘Pengangkutan Awam di kawasan kajian’ adalah merujuk sistem pengangkutan awam yang sedia terdapat di kawasan yang dikaji semata-mata, bergantung kepada lokasi kawasan kajian berkenaan.

Saya akan cuba membimbing pelajar-pelajar PMR 2013 untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.

1. 
TAJUK
Calon dikehendaki menjalankan kajian terhadap pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian.

Contoh: Pengangkutan Awam  di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian geografi.  

2. SENARAI KANDUNGAN:
Ada Perkara / Butiran  dan Halaman.
Halaman bermula dari aspek penghargaan.  

Contoh:  Pengangkutan Awam  di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu Kajian Geografi.      
Bil.
Perkara
Halaman

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Penghargaan
Pendahuluan
Objektif
Kawasan Kajian
Kaedah kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan

1
2
3
4
7
8 - 16
17
18
19

PENGHARGAAN
Pelajar dapat menyatakan  dan menerangkan sebab musabab penghargaan kepada lima pihak iaitu Pengetua (nama & sebab)+ Guru mata pelajaran (nama & sebab) + Ibu bapa / penjaga (nama & sebab) +  Rakan-rakan (nama-nama & sebab) + Pihak luar / responden.
Pelajar perlu menyatakan nama yang lengkap, dan mengapa penghargaan itu diberikan.

Kesalahan lazim yang ditemui:  Calon hanya menulis nama yang tidak lengkap, contohnya,  
Pengetua sekolah saya ( sepatutnya Pengetua SMK Taman Jelutong, Kulim, Kedah Puan Hajjah A’rifah bt Abdul Kadir), Cikgu Dzia (Sepatutnya En Dziauddin bin Ab. Mutalib), Pn. Alia (sepatutnya Puan Alia binti Samsudin),   Tn H Rahim (Sepatutnya Tuan Haji Rahim bin Jumat)

PENDAHULUAN
        Menamakan tajuk kajian

a.   Contoh 1: Berdasarkan kawasan tempat tinggal :  Pengangkutan Awam  di Kawasan Taman Perumahan Jalan Paya Besar - Lunas , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian geografi. 

b.   Contoh 2: Berdasarkan kawasan sekolah / asrama :  Pengangkutan Awam  di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian geografi.
  
        Pelajar perlu menerangkan sebab-sebab pemilihan kawasan kajian :
        Pelajar menyatakan Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 8 minggu atau 2 bulan .
        Nota: Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk  dan nyatakan lebih daripada 1 sebab.

        contoh:     
Saya telah memilih .............. sebagai kawasan kajian KKG 2013 kerana untuk mengenal pasti konsep dan jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ..................... itu. Melalui kajian ini, saya akan dapat mengenalpasti kepentingan pengangkutan awam , masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan-cadangan untuk mengatasi permasalahan pengangkutan awam di kawasan ....................  tersebut. 

Kajian ini mengambil masa selama 8 minggu untuk disiapkan. Sepanjang tempoh perlaksanaan kajian, saya telah dapat menimba pengalaman dan memperoleh pengetahuan yang berfaedah berkaitan bidang geografi kawasan tempatan.

OBJEKTIF:

Pelajar dapat menerangkan Konsep Pengangkutan Awam di kawasan kajian . Contoh :  Saya dapat mentakrifkan konsep pengangkutan awam di Kawasan .................... dengan lengkap dan jelas.

Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam . Contoh )    
Saya dapat menerangkan/menghuraikan/menjelaskan  jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ........................., Daerah........... Negeri ........... dengan lengkap dan jelas.

Kepentingan perkembangan pengangkutan awam Contoh)
Saya dapat menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan ....................... dengan jelas. 

Pelajar dapat mengenalpasti masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian. Contoh :  
Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan ........................., Daerah ......................  Negeri .................. 

Pelajar dapat memberi cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian . Contoh :  
Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan-cadangan  mengurangkan masalah pengangkutan awam di ............................... 

Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu 6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian

Nota:
a.   *Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan
b.   Bilangan isi utama untuk’cadangan untuk mengatasi masalah’ mestilah bersesuaian dengan ‘masalah pengangkutan awam’ yang dikemukakan.

KAWASAN KAJIAN. 
Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu (1)huraian kawasan kajian, (2)peta zon/daerah/bahagian dan (3) peta kawasan kajian.

        a)  HURAIAN KAWASAN KAJIAN TERMASUK:
  
      Nama kawasan kajian mesti ditentukan dengan jelas. Contoh:  Pekan Padang Serai, Pekan Lunas, Pekan Kilang Lama, Taman Selasih dan lain-lain yang bersesuaian.
        Latar belakang / sejarah kawasan kajian:  
        Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda
        Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya.
        Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif

Contoh jawapan:

Saya tinggal di (No rumah dan alamat penuh),  Rumah saya terletak di bahagian …. (kedudukan mengikut arah mata angin di kawasan kajian). 

Kedudukan Lokasi:
Kawasan Padang Serai terletak di bahagian utara Daerah Kulim dan bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Tengah. Pekan Padang Serai terletak 22 km dari Kulim, 30 km dari Sungai Petani, 12 km dari Tasek Gelugor dan 20 km dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Liputan kawasan kajian ini meliputi Mukim Sidam Kanan dan Mukim Naga Lilit. Secara umumnya, keluasan kawasan kajian lebih kurang 5 km/persegi.

Bentuk Fizikal kawasan:
Secara umumnya, bentuk muka bumi kawasan Padang Serai merupakan kawasan tanah pamah rendah beralun diselangselikan dengan bukit-bukit kecil yang banyak terdapat di sini. Kawasan tanah pamah di sini mempunyai ketinggian antara 10 – 20 meter.  Merujuk batu aras yang dicatatkan, Permatang Durian / Naga Lilit (7.25 m), Permatang Tok Dik (10.49m) dan Padang Serai (10.79m). Keadaan ini menunjukkan kawasan berkenaan merupakan tanah pamah yang rendah dan mempunyai beberapa kawasan berbukit rendah yang beralun.
Hampir kebanyakan kawasan ini memperlihatkan bentuk muka bumi yang beralun. Kawasan bukit-bukit kecil yang rendah dan sederhana dapat dilihat di kawasan bahagian tenggara Padang Serai terutama di kawasan Bukit Sarang Ayam (95m) di Mukim Sungai Seluang , Bukit Naga Lilit (75m), Bukit Victoria (55m), Bukit Tok Karim (75m) dan  dan bukit-bukit kecil yang beralun di kawasan lain.

Tanah tanih:
Dari segi tanah tanih pula, sebahagian besar daripada kawasan yang dikaji terdiri daripada tanih laterit, selebihnya tanah jenis gambut dan tanah berpasir. Tanah tanih tersebut sangat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Di kawasan pinggir Sungai Muda / Sungai Sidam yang agak rendah dan mempunyai tanah lanar hitam aluvium ( Kawasan Guar Lobak dan Tanjung Belit ) didapati lebih sesuai untuk tanaman padi.

Sistem saliran:
Sungai utama di kawasan Padang Serai ialah Sungai Muda / Sungai Sidam. Sungai Muda berpunca dari Daerah Baling/Sik dan mengalir ke laut melalui  kawasan Sidam hingga ke Kuala Muda. Sungai ini merupakan sungai utama bagi Negeri Kedah. Sungai tersebut membekalkan air yang sangat penting untuk tujuan pertanian, minuman dan keperluan domestik. Selain itu, kawasan ini mempunyai banyak sistem saliran tali air yang dibina untuk tujuan pengairan pertanian. Apabila hujan lebat berterusan, kawasan tersebut amat mudah diserang banjir kilat. 

Sistem Pengangkutan Awam:
Sistem pengangkutan utama di kawasan Padang Serai adalah sistem pengangkutan darat. Kepadatan penduduk di Pekan Padang Serai agak tinggi, melebihi 40,000 orang penduduk.  Sebahagian besar penduduk menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak ke sesuatu tempat. Antara pengangkutan awam utama yang terdapat di sini ialah pengangkutan bas, van dan teksi. Di Pekan Padang Serai terdapat stesen bas awam, stesen teksi dan kereta sewa.  Pengangkutan bas terdiri daripada bas berhenti-henti, bas perjalanan terus (ekspress), bas persiaran, bas kilang dan bas sekolah. Perkhidmatan van lebih tertumpu kepada Van Kilang dan Van (Bas) Sekolah. Bilangan kereta sewa dan teksi adalah terhad kerana kurang mendapat sambutan masyarakat. 

PETA  DAERAH DAN PETA KAWASAN.

b) MENYEDIAKAN SATU  Peta Daerah / Zon / Bahagian  yang lengkap dengan:
        - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m)
        - arah mata angin dan bingkai (1 m)
        Nota:  Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian. Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai,  dan petunjuk

c) MELUKIS SATU PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN yang tepat dan lengkap
        tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m)- simbol piawai (1 m)- kekemasan dan- kesempurnaan peta- (1m) 
         Nota:  Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama. Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai,  dan petunjuk

KAEDAH KAJIAN 

·         Jenis Kaedah Kajian : Rujukan • Pemerhatian • Temu bual• Soal selidik •
·         Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima.
·         Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan
·         Bilangan responden: 
o   Temu bual - minimum orang • Soal selidik - minimum 20 orang
o   Soalan temu bual atau soal selidik hendaklah berkaitan dengan objektif kajian
o   Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian= 0 markah.
o   Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.

HASIL DAPATAN KAJIAN:

KONSEP,JENIS, KEPENTINGAN, MASALAH & CADANGAN KURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon.

Hasil Dapatan Kajian (HDP) adalah bahagian yang sangat penting dalam Kerja Kursus Geografi. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 25 markah. Calon perlu menulis laporan berkaitan data dan maklumat yang telah dikumpul berdasar kaedah kajian yang dilaksanakan.

Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5.

Sila baca dengan teliti bimbingan yang disampaikan berikut.
Dalam unit 8.1, Calon perlulah mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.

8.1 KONSEP PENGANGKUTAN AWAM hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Blog seraidamai, Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang berkaitan. Contoh : 

Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan         
Pengangkutan Awam menurut Blog Seraidamai adalah merujuk perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar yang digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran.  Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar ini merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel. Antara perkhidmatan pengangkutan awam jenis klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu, beca dan lamca. Antara perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi.
Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi. Kajian membuktikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di kawasan bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan kenderaan, terutama di kawasan bandar utama. Perkhidmatan bas rapid dan teksi mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan awam dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor keselamatan serta keselesaan perkhidmatan.
Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran.  Perkhidmatan van turut disediakan bagi mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan teksi turut menyediakan perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera. Perkhidmatan beca dan kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan sempadan negara.
 "Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah.......................". Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat.
Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya
Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu

8.2 JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN 

Anda hendaklah menerangkan jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian dengan jelas beserta contoh yang sesuai.  Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah, Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat jenis pengangkutan tertentu seperti keretapi, kapal terbang dll anda tidak perlu menghuraikannya.

Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan, "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................".

Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam.
1) Bas Awam: Nama bas (sebagaimana yang tertulis pada badan bas awam). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir, Kekerapan (setiap x minit). Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan.

2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana kenderaan itu  menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa-apa maklumat tentang perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki.

4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN.

Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara kepentingannya:


Ø  Mengangkut barangan                      
Ø  Sumber pendapatan
Ø  Mengurangkan kesesakan.
Ø  Peluang pekerjaan
Ø  Ketersampaian                          
Ø  Kemajuan industri sokongan
Ø  Meningkatkan mobiliti penduduk
Ø  Menjimatkan masa
Ø  Mengangkut penumpang                        
Ø  Menjimatkan kos
Ø  Pelancongan                                        
Ø  Perdagangan



Pelajar perlu menghuraikan kepentingan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal selidik. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda. 

Mulakan huraian dengan..                  
 "Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik yang telah saya jalankan..............."

CONTOH:
1) Mengangkut penumpang:
Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan swasta),  suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi - dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-
2)Mengurangkan  kesesakan:
a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam
b) kesesakan dalam bas-
3) Meningkatkan mobiliti penduduk :
Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri, pergi ke sekolah.
4) Menjimatkan kos:
Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan perbelanjaan rumah.
5) Peluang pekerjaan:
mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk.
6) Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh.

 Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis di mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.

Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..
Contohnya,
 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka...

Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN.

Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.

Apakah langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan untuk mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik.

Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian
Sediakan borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik.

1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber:Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor.

2) Kesesakan lalu lintas: Contohnya, Jalan Padang Serai – Lunas – Kulim (Jalan Persekutuan 136) masih lagi jalan bertaraf jalan persekutuan 2 lorong. Kesesakan sering berlaku jika ada kemalangan atau kenderaan tertentu bergerak terlalu perlahan.  Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas

3) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan

4) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-penumpang menunggu lama. Bas lewat.   -tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa)

5) Tambang mahal:  tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa.

6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya.

7) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen bas jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti.

8) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.

9) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas

10) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat

11) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising

Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.

Huraikan isi-isi yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja.  Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'.

CADANGAN MENGURANGKAN MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN. 

Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.

Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut.

Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan api alternatif.  

SILA PASTIKAN CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN TERSEBUT ADALAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG TELAH DINYATAKAN PADA UNIT SEBELUM INI.  

Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.

Calon boleh juga memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan raya).
Calon boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya dan kursus pemanduan berhemah.   

Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah:

1.       Pendidikan alam sekitar 
2.       Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah)
3.       Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang.     
4.       Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara
5.       Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya.
6.       Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. 

7)   Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan.
8)    Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor. 
9)    Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini)
      *  Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian.

Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk.  
Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ...  Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.

Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam aspek 8.5 ini.

BAHAN GRAFIK UNTUK KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM

Antara bahan grafik yang boleh digunakan  ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran.
Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Kepentingan, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf.
Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat.

(Tulis di bawah jadual  : Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.)
Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual).

Setiap  graf mesti bersertakan 1 jadual yang menunjukkan data terkumpul.
 Ada jadual tidak semestinya ada graf.

Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda boleh mendapat maklumat tentang bilangan responden yang menaiki jenis pengangkutan awam tersebut. Contohnyadaripada 20 orang responden, terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 5 orang menaiki bas awam dan 15 orang pernah menaiki teksi. Jumlah keseluruhan tidak semestinya 20 orang.Bina jadual dan lukis graf mudah daripada data ini di bahagian  aspek 8.2 Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian.

Calon juga boleh mempersembahkan carta pai. Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut.  Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.

Hasil rujukan atau soal selidik tentang kepentingan / jenis / masalah atau cadangan mengurangkan kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf.  Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan rajah aliran.

Bahan grafik boleh dimasukkan dalam mana-mana bahagian aspek 8.2 hingga 8.5 yang berkaitan. Jika anda membina jadual dan melukis graf tentang pendapat responden utk masalah pengangkutan awam, masukkan kedua bahan grafik ini di bahagian aspek 8.4.

RUMUSAN KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM

Calon  boleh menulis RUMUSAN dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai.

 Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah dihuraikan dalam dapatan kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan.  Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep pengangkutan awam ' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan masalah-masalah..'. Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan nilai atau unsur patriotisme yang sesuai. Nilai/unsur patriotisme boleh dihuraikan secara umum. Markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme.
'pengangkutan awam ialah..........Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah.........Pengangkutan awam adalah penting di ........ kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah......., ........., ........... dan ............. Walaubagaimanapun, penduduk di ........ menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ........., ........., .......... dan ............. Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara untuk mengurangkan masalah2 tersebut seperti ......, ........, ........., ......... dan .........

Saya berharap pihak ..... akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh ........ di ........ Saya bangga kerana pihak ....... berusaha memperbaiki perkhidmatan .......... di ..........

Rumusan di atas adalah ringkas sahaja. Anda boleh menambah sedikit huraian anda sendiri seperti dalam ayat yang berkaitan dengan kepentingan di atas, untuk aspek masalah dan cadangan.


Kredit Utama Kepada http://isyayy.blogspot.com/ dan juga Kpd http://seraidamai.blogspot.com Dengan Sedikit Sentuhan Dari Perling Putih

0 Response to "Contoh Lengkap Folio Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Pengangkutan Awam"

Post a Comment