Contoh Rumusan Dan Bahan Grafik Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Pengangkutan Awam

Kerja Kursus Geografi PMR 2013

Contoh Rumusan Dan Bahan Grafik Kerja Kursus Geografi

Rumusan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Pengangkutan Awam
Anda boleh tulis dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai.

Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah dihuraikan dalam dapatan kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan.  Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep pengangkutan awam ' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan masalah-masalah..'. 

Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan nilai atau unsur patriotisme yang sesuai. Nilai/unsur patriotisme boleh dihuraikan secara umum. Markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme.

'pengangkutan awam ialah..........Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah.........Pengangkutan awam adalah penting di ........ kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah......., ........., ........... dan ............. Walaubagaimanapun, penduduk di ........ menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ........., ........., .......... dan ............. Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara untuk mengurangkan masalah2 tersebut seperti ......, ........, ........., ......... dan .........

Saya berharap pihak ..... akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh ........ di ........ Saya bangga kerana pihak ....... berusaha memperbaiki perkhidmatan .......... di ..........

Rumusan di atas adalah ringkas sahaja. Anda boleh menambah sedikit huraian anda sendiri seperti dalam ayat yang berkaitan dengan kepentingan di atas, untuk aspek masalah dan cadangan.

Bahan Grafik untuk kajian pengangkutan awam

Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran.
Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Kepentingan, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf.

Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual. Ada jadual tidak semestinya ada graf.

Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda boleh mendapat maklumat tentang bilangan responden yang menaiki jenis pengangkutan awam tersebut. Contohnya, daripada 20 orang responden, terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 5 orang menaiki bas awam dan 15 orang pernah menaiki teksi. Jumlah keseluruhan tidak semestinya 20 orang. Bina jadual dan lukis graf mudah daripada data ini di bahagian  aspek 8.2 Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian.

Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. (kalau tidak faham, rujuk buku teks anda) Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.

Hasil rujukan @ soal selidik tentang kepentingan / jenis / masalah atau cadangan mengurangkan kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf.  Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan rajah aliran. Dan sebagainya. Nak buat lebih daripada dua, boleh saja.

Bahan grafik boleh dimasukkan dalam mana-mana bahagian aspek 8.2 hingga 8.5 yang berkaitan. Jika anda membina jadual dan melukis graf tentang pendapat responden utk masalah pengangkutan awam, masukkan kedua bahan grafik ini di bahagian aspek 8.4.

via http://isyayy.blogspot.com dengan sedikit touch up Perling Putih

2 Responses to "Contoh Rumusan Dan Bahan Grafik Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Pengangkutan Awam"

  1. Rumusan n tafsiran sama or not ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope, rumusan adalah kesimpulan manakala tafsiran adalah konsep

      Delete