Breaking News
Loading...

Contoh Rumusan Dan Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah PMR 2013


Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia - Download Kertas Soalan Projek Kerja Kursus / Folio Sejarah Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 Kertas 2 Tugasan 1(a), 1(b), Tugasan 2 dan Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 Kertas 2

Tugasan 1: Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia.

  • Maklumat Asas (Nama/jenis kegiatan ekonomi, Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi, Lokasi/tempat kajian, Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yang mengusahakan)
  • Latar Belakang (Tujuan dijalankan, Proses/cara pelaksanaan, Peralatan/kaedah yang digunakan, Produk yang dihasilkan, Tempat/kawasan (bengkel/keluasan tanah dan sebagainya), Kos pengendalian)
  • Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat (Status keluarga/mobiliti sosial, Identiti keluarga/kawasan, Sumber pendapatan, Penerusan tradisi keluarga, Memenuhi permintaan, Pembangunan kawasan setempat, Hubungan kemasyarakatan, Industri hiliran, Prasarana/rangkaian perniagaan, Pelancongan, Peluang pekerjaan)
  • Prospek (Cabaran/kekangan yang dihadapi, Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta, Reaksi/penerimaan masyarakat, Saranan dan harapan)
Tugasan 2: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. 

Fokus utama kurikulum Sejarah bertujuan menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi melahirkan warganegara yang:

  1. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
    • menghormati raja dan pemimpin negara
    • menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
    • menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)
    • menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
    • menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
    • berbangga dengan sejarah negara
  2. Bersemangat Setia Negara
    • cinta akan bangsa dan negara
    • taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
    • sedia berkorban untuk bangsa dan negara
    • bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
    • berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
    • peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
    • bersyukur sebagai warganegara Malaysia
  3. Bersemangat Kekitaan
    • bersatu padu dan berharmoni
    • bertolak ansur dan bertoleransi
    • bekerjasama dan tolong-menolong
    • hormat-menghormati
    • bersefahaman dan bermuafakat
    • muhibah atau semangat bermasyarakat
  4. Berdisiplin
    • berakhlak dan berbudi pekerti mulia
    • mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
    • mematuhi peraturan dan undang-undang
    • berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
    • bertindak wajar
    • bersifat amanah dan jujur
    • berlaku adil dan bertimbang rasa
  5. Berusaha dan Produktif
    • rajin dan gigih
    • berdikari
    • tabah menghadapi cabaran
    • menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
    • berganding bahu membangunkan negara
    • berilmu dan berketrampilan
Kerja Kursus Sejarah 
- Contoh rumusan di SINI
- Contoh hasil kajian di SINI

<via> & <cikgu razak>

Terkini - Gambar Seorang Lagi Artis Mendapat Hidayah Dari Allah SWT

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/gambar-seorang-lagi-artis-mendapat.html#ixzz2WNusBFHW
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

9 comments:

  1. boleh x beri esei elemen 3 harap di pertimbangkan

    ReplyDelete
  2. Kerja Kursus Tingkatan 3 2013 - Elemen 3

    Elemen 3

    Tajuk : Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam meperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia.


    Sistem ekonomi tradisional merupakan sistem ekonomi yang diterapkan oleh masyarakat tradisional secara turun temurun dengan hanya mengandalkan alam dan tenaga kerja. Kegitan ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya berkembang dengan pesat dan memberi dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan.

    Masyarakat dan rakyat negara ini yang berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing dengan menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi.

    Walaupun ekonomi dunia mengalami kemelesetanmasa kini, negara kita dapat mengatasinya dengan adanya hasil bahan mentah seperti minyak sawit dan getah kerana negara kita adalah pengeksport utama barangan mentah tersebut. Hal ini telah menjadikan rakyat negara Malaysia tabah menghadapi cabaran dan dugaan hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan negara. Pihak kerajaan pula membantu rakyat negara ini dengan pelbagai bantuan daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran.

    Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah diubah sedikit demi sedik oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini bagi tujuan pemodenan. Kita memiliki pemimpin yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan .

    Hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA dan Jabatan Perikanan bersedia untuk bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara dan demi kesejahteraan rakyat. Pelbagai program dilakukan bagi menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

    Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.

    ReplyDelete
  3. thank you...

    ReplyDelete
  4. md fareez danial23 June 2013 11:53

    terima kasih kerana membantu !!! :-)

    ReplyDelete
  5. md fareez danial23 June 2013 11:54

    terima kasih kerana membantu saya serta rakan-rakan lain

    ReplyDelete
  6. ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :(

    ReplyDelete
  7. Macam mana nak buat hasil kajian? Tajuk dia nasi lemak? Help can?

    ReplyDelete
  8. nak contoh rumusan , please ...

    ReplyDelete

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free