Borang Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Penggal 2 STPM 2013

Download borang rayuan

BORANG PERMOHONAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGGAL 2 STPM 2013 OLEH MPM

PANDUAN KEPADA CALON UNTUK MEMBUAT RAYUAN
(a) Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Penggal 2 STPM 2013 akan dibuka mulai 15 hingga 19 Julai 2013. Permohonan hendaklah sampai di Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 19 Julai 2013. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

(b) Perkara 2 (Butiran Calon) hingga 3 (Bayaran) dalam borang ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap dan bayaran yang tidak mencukupi tidak akan diproses dan akan dikembalikan.

(c) Sertakan salinan keputusan Peperiksaan Penggal 2 STPM 2013 (dicetak dari portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my).

(d) Bayaran hendaklah dibuat dengan secukupnya, iaitu RM50.00 bagi setiap kertas yang disemak semula. 

Pembayaran bagi permohonan yang dibuat melalui pos hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Cek tidak diterima. 

Bayaran secara tunai hanya boleh diterima jika permohonan dibuat di kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia.

Contoh : Kertas Bayaran (RM)
Ekonomi 1 50.00
Sejarah 2 50.00
Jumlah Bayaran 100.00

(e) Jika permohonan dihantar melalui pos, tulis perkataan SEMAK SEMULA P2 di penjuru kiri sebelah atas sampul surat.

(f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan [u.p: Setiausaha Bahagian (Pengendalian STPM dan MUET)] dan hendaklah sampai di Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 19 Julai 2013.

(g) Status permohonan akan dimaklumkan kepada calon di portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Jika status permohonan calon tiada dalam senarai selepas 7 hari permohonan dihantar, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61369663 dengan kadar SEGERA.

(h) Keputusan semak semula sama ada berubah atau tidak berubah akan dimaklumkan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia pada minggu kedua bulan Ogos 2013. Bagi calon yang berubah keputusan keseluruhan, keputusan yang baharu akan dikeluarkan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Jika keputusan calon tiada dalam senarai semakan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61369663 dengan kadar SEGERA. SUMBER 

DOWNLOAD BORANG RAYUAN DI SINI 

0 Response to "Borang Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Penggal 2 STPM 2013"

Post a Comment