Gambar Dan Video Majlis Perkahwinan Adinda Sultan Kelantan Dan Anak Saudara Sultan Brunei


Tidak terlambat rasanya untuk PP ucapkan sekalung tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Di Raja YAM Tengku Amalin A’ishah Putri (29 Tahun) dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi (39 Tahun) di atas perkahwinan baginda.

Pasangan Diraja yang sama cantik sama padan ini telah selamat diijabkabul pada 27 Jun 2013 yang lalu di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan.


Majlis akad nikah telah diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam, 27 Jun lalu, manakala majlis persandingan pula disempurnakan pada keesokan harinya, 28 Jun 2013 di Istana Negeri. Difahamkan lebih 1,000 tetamu dari dalam dan luar negara telah hadir pada majlis persandingan yang penuh adat istiadat itu. 

Pasangan pengantin juga dijangka akan turut menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, pada 6 Julai ini dan majlis istiadat doa kesyukuran pada 7 Julai ini. 

Tengku Amalin yang pernah menjadi Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, adalah anakanda keempat dan puteri bongsu Sultan Ismail Petra, manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

Adinda Sultan Kelantan itu yang sebelum ini melanjutkan pengajian peringkat sarjana undang-undang di Universiti Melbourne, Australia dan Abdul Qawi, difahamkan bertunang April lalu di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang di pihak lelaki dan 13 dulang di pihak perempuan.

Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan pasangan terbabit. Foto sumber Google & Facebook

0 Response to "Gambar Dan Video Majlis Perkahwinan Adinda Sultan Kelantan Dan Anak Saudara Sultan Brunei"

Post a Comment