Gambar Nissan Serena S-Hybrid : MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500

MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) pada Selasa lalu memperkenalkan Nissan Serena S-Hybrid, sekali gus menjadi model MPV hibrid pertama yang ditawarkan kepada pengguna tempatan.

Sudah membuat debut di pasaran Jepun pada Ogos tahun lalu, MPV hibrid itu tampil dengan pelbagai ciri pintar demi memenuhi ekspektasi pengguna. Jangkaan ETCM bahawa Nissan Serena S-Hybrid bakal mendapat sambutan hangat ternyata tepat. Sehingga kini, lebih 500 unit jentera tersebut telah ditempah.

Selari dengan maklum balas positif tersebut, ETCM meletakkan sasaran untuk menjual 350 unit Nissan Serena S-Hybrid sebulan dan 2,000 unit menjelang akhir tahun ini.


MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500

Sebenarnya, pelancaran model itu selari dengan hala tuju kerajaan yang mahu mempromosikan kenderaan cekap bahan api (EEV) di Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, pengecualian cukai import terhadap model hibrid berkapasiti bawah 2,000cc akan berakhir pada 31 Disember 2013, jadi ETCM mahu mengambil peluang tersebut untuk menawarkan produk yang inovatif kepada rakyat Malaysia.

Dengan kehadiran Nissan Serena S-Hybrid, ETCM kini menawarkan rangkaian luas model MPV kepada pasaran. Bermula dengan MPV mampu milik Grand Livina, MPV hibrid dan MPV mewahnya iaitu Nissan Elgrand. Juga kereta sedan paling jimat Nissan Almera


MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500

Spesifikasi Dan Harga Nissan Serena S-Hybrid
Diimport sepenuhnya dari Jepun, Nissan Serena S-Hybrid ditawarkan pada harga cukup menarik iaitu RM149,500 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Nissan Serena S-Hybrid dipacu oleh rangkaian kuasa yang terdiri daripada satu sistem hibrid kompak meliputi enjin petrol MR20DD empat silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC (Continuously Variable Valve Timing). Enjin itu dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC).

Motor elektrik yang dikenali sebagai Energy Control Motor (ECO) menawarkan sumber kuasa yang cukup untuk membantu enjin dan proses janaan semula tenaga. Sistem hibrid ini memiliki satu bateri tambahan untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan bagi menguasakan ECO Motor.
MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500

Sistem S-Hybrid turut menampilkan sistem Idling Stop yang mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti dalam kesesakan trafik. Ciri ini membantu Nissan Serena S-Hybrid mencapai penjimatan bahan api yang mengagumkan ketika memandu di bandar.

Enjin akan dihidupkan semula dalam tempoh 0.3 saat apabila pedal brek dilepaskan. Enjin MR20DD mampu menghasilkan kuasa sehingga 147PS @ 5,600rpm dan tork 210Nm @ 4,400rpm. Berdasarkan kepada kitaran ujian JC08 Jepun, MPV hybrid itu berupaya mencapai jarak 15.2 kilometer bagi setiap liter petrol, terbaik dalam kelasnya.

MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500

Lain-Lain Kelebihan Nissan Serena S-Hybrid 

Tempat duduk fleksibel
Sebagai sebuah MPV keluarga, aspek praktikaliti dan fleksibiliti memang menjadi perhatian utama. Selain ruang dalaman yang luas, anda pasti berpuas hati dengan kapasiti lapan tempat duduk yang menawarkan sehingga 14 konfigurasi berbeza.

Versatiliti kabin ini ditingkatkan menerusi tempat duduk pintar (Smart Multi Centre Seat) yang boleh ditolak di sepanjang laluan tengah kenderaan. Ia boleh berfungsi sebagai ruang storan tambahan pada baris pertama, tempat duduk ekstra di baris kedua atau berperanan sebagai meja untuk dikongsi oleh penumpang di tempat duduk baris ketiga.

Tidak seperti MPV konvensional, tempat duduk ketiga MPV itu boleh diakses melalui arah berbeza. Sama ada melalui bahagian tengah atau sebelah kiri, ini boleh dilakukan dengan melipat atau menolak kerusi kapten barisan kedua (sebelah kiri) ke arah tempat duduk sebelah kanan.

Tempat duduk baris ketiga juga direka supaya mudah dilipat ke atas dan disimpan, sekali gus memberikan ruang kargo yang luas. Ini adalah tambahan kepada ruang storan yang terletak di bawah tray bagasi yang boleh menempatkan kereta tolak bayi atau sebuah beg golf tanpa sebarang masalah.

Pendek kata, anda boleh mengubah suai kedudukan tempat duduk berdasarkan keperluan semasa, tanpa perlu mengorbankan keselesaan dan tiada barang atau kargo perlu ditinggalkan.

Ruangan Kabin
Di ruang kabin, pemandu dialu-alukan oleh reka bentuk papan pemuka yang futuristik dan kemas.

Hanya satu sentuhan butang pada hendal pintu diperlukan untuk mengoperasikan pintu gelongsor yang menawarkan bukaan terbesar dalam kelasnya (selebar 802mm dan tinggi 1,308mm).

Pintu itu juga boleh dibuka dengan menekan butang pada kunci i-Key atau butang-butang yang diletakkan pada papan pemuka di bahagian pemandu.

Penampilan
Menilai dari segi penampilan pula, Nissan Serena S-Hybrid sememangnya memiliki rekaan luaran yang kemas dan tersendiri.


MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500

Memandangkan Nissan Serena S-Hybrid didatangkan dalam satu gred premium Highway Star sahaja, maka ia menggunakan suspensi sports yang dipadankan bersama rim aloi 16 inci, selain kemasan dalam berwarna gelap.

Pilihan Warna
Pilihan warna pula terdiri daripada ungu gelap, hitam, putih dan perak. Ia juga hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Untuk satu tempoh terhad, para pelanggan yang membeli Nissan Serena S-Hybrid akan menerima sistem Multimedia Navigator bersaiz 6.5 inci secara percuma dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth bernilai RM3,300 (sah sehingga stok masih ada).

Jika tidak cukup, anda boleh membeli aksesori tambahan seperti panel LCD bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada bumbung, visor pintu, kombinasi kemasan dalaman kulit dan tinted cermin tingkap - Kosmo online. Gambar sumber Google




0 Response to "Gambar Nissan Serena S-Hybrid : MPV Hibrid Pertama Di Malaysia RM149,500"

Post a Comment