Breaking News
Loading...

Promosi Menarik 70 % Diskaun Malaysia Airlines (MAS) Sehingga Mac 2014

MAS

Malaysia Airlines (MAS) hari ini menawarkan lebih empat juta tempat duduk sehingga 70 peratus diskaun daripada tambang pasaran semasa dalam promosi jualan di seluruh negara.

Promosi, yang bermula hari ini dan berakhir pada 15 Julai 2013, adalah untuk perjalanan serta-merta sehingga 31 Mac, 2014, kata syarikat penerbangan kebangsaan dalam satu kenyataan.

Antara Yang Menarik Tentang Promosi MAS ini
1) Lokasi Penerbangan Tambang Rendah Ke Dubai, New Delhi, Mumbai dan Hyderabad. Tambang menarik juga ditawarkan ke Orient  dan destinasi kegemaran seperti London, Paris dan Melbourne dengan lebih daripada 50 destinasi perikatan oneworld termasuk New York, Chicago dan Houston.

2) Tambang khas juga ditawarkan untuk Kelas Ekonomi bagi perjalanan antara 10 Julai hingga 31, 2013 pada bulan Ramadan yang mulia, terpakai untuk berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke lokasi domestik, Asean dan destinasi Orient.

3) Selain daripada tawaran istimewa, pelanggan perjalanan MAS juga akan dapat menikmati peningkatan elaun bagasi kabin bermula 1 Julai 2013. Ini membolehkan satu bagasi kabin penumpang Kelas Ekonomi dinaikkan dengan berat maksimum tujuh kg berbanding lima kg.

4) Penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dibenarkan membawa dua bagasi kabin sehingga maksimum tujuh kg setiap satu, dengan setiap bagasi tidak melebihi 56 cm tinggi, 36 cm panjang dan 23sm lebar.

Cara Buat Tempahan
1) Pelanggan boleh melayari LAMAN WEB MAS untuk tempahan secara online
2) Panggilan ke 24 jam Pusat MAS bebas tol  di talian 1-300-88-3000 
3) Mengunjungi Pejabat tiket MAS di seluruh negara dan pejabat agen yang dilantik. 

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free