Breaking News
Loading...

Sinopsis Drama Jodoh Itu Milik Kita Astro Mustika HD - Ganti Drama Dahlia

Ganti Drama Dahlia

Sebuah lagi drama yang diadapatasi dari Novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha untuk Astro Mustika HD yang bakal menggantikan Drama Dahlia yang tamat baru-baru ini. 

Drama Jodoh Itu Milik Kita (JIMK) ini dilakonkan oleh Tiz Zaqyah (Dahlia), Farid Kamil (Aariz), Syazwan Zulkifli (Shafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua Francis) dan Ziela Jalil (Pn Marina).

Ikuti perjalanan drama bersiri 40 episod arahan Jamal Khan, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos 2013 di Astro Mustika HD (saluran 134).


Sinopsis Dari Novel Jodoh Itu Milik Kita:
Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri.

Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkaat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? hampir 3/4 novel dah muka surat 500 masih tak dapat solve lagi misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir.

Tonton Online - KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free