Tarikh Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2013

2 hingga 7 disember 2013

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat 26 Julai 2013 memutuskan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan Umno tahun ini merupakan tahun pertama menggunakan perlembagaan baharu parti yang akan dikuatkuasakan.

Justeru katanya, kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti akan berdasarkan perlembagaan baharu, yang telah diputuskan oleh mesyuarat MT pada Jumaat.

"Cadangan ini telah dirumuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan di bawah Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan cadangan tersebut telah diterima oleh mesyuarat Majlis Tertinggi.

"Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian dan pergerakan sayap-sayap pada 7 September di Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, Jumaat.

Selain itu, Presiden Umno itu berkata, persidangan pergerakan sayap parti dan pemilihan jawatan akan dijalankan serentak pada 28 September.

"Mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan serentak ahli majlis tertinggi akan diadakan pada 5 Oktober," katanya -mStar online

0 Response to "Tarikh Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2013"

Post a Comment