Apa Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Facebook Dan Twitter

R4BIA

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA bermula baru-baru ini, bukan?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

R4BIA

*Ayuh, Jadikannya Ianya DP (Display Profile) Tanda Kita Solidariti Buat Morsi & Rakyat Mesir!!!

RILEKS COMMUNITY

1 Response to "Apa Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Facebook Dan Twitter"

  1. ramai yang dah pakai simbol ni di FB dan Twitter, thanks for sharing the info... *_^

    ReplyDelete