Breaking News
Loading...

Gambar Bilal Surau Al-Mujahiddin Bangi Meninggal Ketika Sujud

Roslan Ishak

Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi - Allahyarham Roslan Ishak dekat sini ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud ketika Solat Zohor 23 Ramadhan 1434 atau bersamaan dengan 1 Ogos 2013.di dalam surau terbabit.

Kejadian di bulan suci Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat

Sebelum ini kejadian seumpama itu hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.

Roslan Ishak

Pastinya inilah antara kematian yang dimimpikan kesemua umat Islam.

Apapun, semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah

1 comments:

  1. indahnyaa cara dia emninggal.. ya Allah.... jeles pula ena.. hurmmmm

    ReplyDelete

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free