Breaking News
Loading...

Gambar Datuk Majura Muda Maut Kemalangan Di KM35.1 Lebuhraya Karak

Al-Fatihah

PETALING JAYA – Seorang  lelaki berpangkat Datuk berusia 47 tahun maut dalam kemalangan di KM35.1 Lebuhraya Karak  berdekatan Genting Sempah apabila terbabas setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya hilang kawalan.


Datuk Majura Muda

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Datuk Majura Muda yang merupakan seorang pengarah eksekutif di sebuah firma perunding kejuruteraan dipercayai mengikuti satu konvoi sebelum terlibat dalam nahas yang berlaku pada jam 9.15 pagi tadi, lapor The Star.

“Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh tajam. Dia tercampak dari motosikal yang ditunggangnya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” kata beliau.



Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat - ABN News

1 comments:

  1. Assalammualikum,, PP,

    Pasal datuk yang kemalangan naik motor nie,,, keluar tv kan...

    mselim3

    ReplyDelete

Copyright © 2013 PERLING PUTIH All Right Reserved | Share on Blogger Template Free