Permohonan Online Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Dan Kolej Vokasional (KV) 2014

permohonan ke smt dan kv 2014

Merujuk kepada pengumuman dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada 17 September 2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad).

PERMOHONAN ONLINE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2015 DI SINI

Permohonan SMT dan KV 2014 boleh dibuat melalui laman web http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ bermula 17 September 2013 atau datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

SYARAT UMUM MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.

2. Kesihatan
Sihat tubuh badan
Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.

3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

SYARAT KHUSUS
1. Pendidikan Teknikal : Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR

2. Pendidikan Vokasional :
Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.

3. Latihan Kemahiran : Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
25 hb Disember 2013. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN MASIH BELUM DIUMUMKAN. DI JANGKA PADA MINGGU KEDUA ATAU KETIGA JANUARI 2014. BOLEH KLIK DI SINI UNTUK SEMAKAN



14 Responses to "Permohonan Online Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Dan Kolej Vokasional (KV) 2014 "

  1. bila boleh dapat tahu kalau dapat masuk vokay?

    ReplyDelete
  2. bila nak dapat keputusan nyaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. bila nak dapat suratnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Keputusan dijangkakan pada minggu kedua atau ketiga Jan 2014

    ReplyDelete
  5. Bila nya nak dpt kputusan?kalau tak diterima SMT,boleh ker buat rayuan?

    ReplyDelete
  6. pemohonan utk 2015 bila dibuka

    ReplyDelete
  7. PERMOHONAN 2015 BILA DIBUKA??

    ReplyDelete