Semakan Keputusan STPM 2013


Semakan keputusan stpm
Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 diumumkan pada 19 Mac ini.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Khawari Idris dalam satu kenyataan media berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari.
Calon persendirian individu memperolehnya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan - mymetro

0 Response to "Semakan Keputusan STPM 2013"

Post a Comment